Monday, February 15, 2016

Cabaran Tukang Jahit Kepada Golongan Muda



Saya pernah menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerja asing walaupun permohonan permit pekerja telahpun mendapat kelulusan..Dahlah bukan mudah untuk saya mendapatkan kelulusan permit pekerja dan orang kanan saya terpaksa turun naik imigresen untuk menguruskan segala macam document yg diperlukan end up saya sukar mendapatkan pekerja..

Kenapa saya memohon permit pekerja asing??


Sepanjang lebih 30 tahun dalam bidang ini hanya 10% warga tempatan yg bekerja dengan saya sebagai "Tukang Jahit"..
Walaupun saya iklankan "TUKANG JAHIT DIKEHENDAKI" tetapi kurang mendapat respon dari warga tempatan..jika ada pun hari ni ditemuduga & diuji menjahit untuk menilai kualiti jahitan dan bila saya suruh mula bekerja pada tarikh diberi akan ada macam2 alasan yg diberi..tiap2 tahun saya menerima anak2 muda dalam bidang ini untuk praktikal dikedai saya tetapi hanya segelintir sahaja yg bersungguh2 dalam bidang ini dan kebanyakkannya wanita mahu jahit baju wanita sedangkan keperluan adalah jahit baju lelaki..dan ada kalangan pelajar memilih bidang ini sebagai pilihan terakhir kerana kurang dalam akademik & mereka ditanggung sepenuhnya untuk subjek ini yang akhirnya ia merugikan kerana mereka tidak serius & mengambil sambil lewa .


Apakah malu bergelar "Tukang Jahit" ??


Ayah saya membesarkan 10 orang anaknya sebagai "Tukang Jahit" & saya juga membesarkan 6 orang anak saya dalam perniagaan "Tukang Jahit"..

Jika ada yang betul2 berminat dan mahu
SAHUT CABARAN TPM... saya cabar & mengalu-alukan wargat tempatan yang punya kemahiran terutama anak2 muda untuk anda hadir mengisi borang kerja dikedai saya..saya tidak mahu tukang jahit yang menjahit dirumah tapi saya perlukan "Tukang Jahit" yang akan menjahit di kedai saya di Wisma Yakin..
kredit: Den Wahab