Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Tuesday, February 9, 2016

Business Kena Tunjuk Menunjuk ?



Inspirasi atau MENUNJUK?

Sebenarnya itu semua terpulang pada kita yang membaca. Saya mula terlibat dalam bisnes secara serius pada tahun 2014. Bermula dengan amat kecil. Jual kek hantar ke gerai-gerai, jual biskut pelangi pada musim raya, jual nasi kerabu di rumah dan hantar pada pelanggan-pelanggan.


Ketiga-tiga perniagaan saya yang saya sebut di atas amat mencabar mental dan fizikal. Kerja letih sampai gaduh suami isteri tapi duit tak banyak pun. Bangun jam 4 pagi, tidur jam 1 pagi. Dan pernah sekali kami suami isteri tidak tidur selama 48 jam untuk siapkan 3000 pcs kek yang kami jual 50 sen per pcs. Hahaha. Sedih betul.

Masa tu, saya selalu follow otai-otai bisnes di FB. Ada yang buka kedai makan jualan sehari 10k, ada yang jual biskut sampai tahap main tan. Ada yang jual kek sampai ke Indonesia.

"Kenapa aku tidak boleh?!". Itu persoalan yang bermain di fikiran saya ketika itu. Tapi saya tetap follow mereka. Saya lihat mereka post gambar rumah baru. Saya lihat mereka post gambar kereta baru. Saya lihat gambar mereka beli superbike.

Ternyata saya amat dengki dengan mereka. Tapi saya lihat dan baca status mereka bukan dengan tanggapan mereka menunjuk. Saya lihat mereka dengan perasaan membara untuk usaha lagi dan lagi. Saya baca posting mereka dan ia membuatkan saya lebih banyak masa berkhalwat dengan tuhan. Minta dengan tuhan dalam keadaan menangis-nangis.

Saya tak baca posting mereka dengan perasaan negatif. Tapi saya baca posting mereka dengan penuh hormat dan pembakar semangat.

Jika dulu saya baca posting mereka dengan perasaan negatif, mungkin sekarang masih tiada apa-apa perubahan pada diri saya. Jika dulu saya baca posting mereka dengan tanggapan negatif, mungkin sampai sekarang saya masih lagi hanya reti menuding jari mengatakan orang itu salah dan orang ini salah.

Tapi saya bersyukur pada tuhan 'Azza wa Jalla kerana Dia 'sentuh' hati saya supaya berfikir lain dari orang lain. Alhamdulillah walaupun saya masih belum berjaya seperti sifu-sifu yang saya follow dulu, Allah taala sudah ubah hidup menjadi lebih baik. Lebih baik daripada kami merintih ketika hasil jualan kek cuma 2 bekas sehari.

Walau bagaimanapun, harta yang kita ada sekarang, tiada gunanya bila kita mati. Tapi manfaat apa yang kita beri pada orang lain dengan harta kita, itulah yang menjadi bekal bila kita mati.

Bagaimana anda mahu baca status ini, terpulanglah pada diri anda sendiri. Kerana kita manusia hanya boleh berusaha untuk berubah, taufik dan hidayah hanya datang dengan keizinan dari Allah taala.

Semoga kita semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Nukilan dari,

Insan yang hidup ingin memberi manfaat dan mati ingin masuk syurga, Khairul Zahrin Abd Karim.

No comments:

Post a Comment