Saturday, February 27, 2016

Bila Kita Kejar Allah ...



Saya terkesan bila berbual dengan artis berhijrah ini pernah jadi tetamu slot usrah nurani. Semasa berbual katanya kalau kita kejar dunia tak habis. Tak sudah. Tapi bila kita kejar Allah kita akan makin mencintainya dan makin merinduinya. Saya sayu dengar kisah pasangan suami isteri ini yang keduanya pelakon.

Mereka melayan saya sangat baik. Mereka begitu memuliakan tetamu rancangan yang mereka kendalikan masam masam manis tv hijrah. Jarang nak jumpa orang terkenal nak layan tetamunya begitu. Paling saya suka bila melihat sepasang suami isteri yang duduk dekat-dekat. Pegang tangan. Bergurau dan saling mencintai. Takde marah-marah. Tenang jer tengok. Isterinya memilih menjadi suri rumah demi menjaga anak-anak dalam keadaan dunia hari ini. Berkorban kerana mampu belajar memberi masa untuk anak-anak. Saya doakan mereka jadi daie asbab hidayah. Saya suka jika buku tulisan saya dibaca oleh semua orang. Supaya siapa pun kita tapi sedar tujuan kita dan maksud kehidupan ini.

Saya rindu isteri dan anak-anak. Merekalah harta kita. Teringat ustaz Dusuki pesan di ikim yang buat saya menangis. Pernah tak kita lihat anak kita dan kata alhamdulillah. Saya ada anak lihat wajah isteri dan kata alhamdulillah..syukur atas segalanya. Terima kasih Allah. Suka bila nak parking kereta, anak saya yang semasa umur 3 tahun kata, Ya Allah nak parking kereta. Ya Allah nak parking kereta Ya ALLAH nak parking, nak makan Tuti fruity.

Senang jer masa nak parking kereta. Allah buat semuanya. Sekarang tenang bila nak parking di kl. Belajar dengan anak sendiri.

Dulu masa program masjid. Belajar bila nak apa-apa minta dari Allah. Minta dengan Allah dan harap dengan Allah.

Sebenarnya ketika susah , Allah nak dengar dari mulut kita minta dengan siapa dan harap dengan siapa. 

Belajarlah iman semula dari asasnya. Belajar dan harap dengan Allah yang maha kaya. 

Tanya anak lawa baju. Siapa beli baju? Ummi...

Siapa bagi baju? Allah.
Siapa bagi lawa? Allah.
Siapa bagi safiyyah cantik?? Allah.
Ya Allah nak susu..Ya Allah nak aiskrim..

Bila anak menangis tengah malam takut hantu.Cakap pada dia,
Allah ada dekat dengan kita. Jangan takut hantu. Hantu,Jin, Syaitan,hantu gigi,semua tiada kuasa , hanya Allah maha kuasa.

Allah sayang kita. Sedap tak makanan tu? Sedap,Allah bagi. Baiknya Allah pada kita. Terima kasih Allah.

Kenalkan Allah kepada anak-anak kita. Takutkan Allah sumber segala kebijaksanaan. Asas amalan agama. Punca utama masalah umat ini. Iman lemah. Kurangnya dakwah dan percakapan Allah dalam rumahtangga.

Semoga Allah bangkitkan suasana dan dakwah iman dalam rumahtangga kita. Inilah percakapan Nabi-nabi. Bila Fatimah RA anak Nabi SAW bila ditanya siapa yang beri ini?kata Fatimah RA semua ini dari Allah.

kredit: ebit lew