Bila Allah Tegur ?


Peringatan Yang Amat Baik:

Kita tengah menjemur kain, tetiba jiran datang dan menegur: "Tengah jemur kain ke?"

Tetapi kita menjawab; "Eh tidak le, tengah masak ni". Jelas soalan mesra namun dijawab dengan sindiran.

Allah SWT bertanya kepada nabi~Nya: "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?"

Jawab Musa a.s.; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur dan menjadi makanan kambing2ku".

Kenapa Allah SWT masih bertanya kpd Nabi Musa a.s. sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui? Kerana begitulah cara Allah SWT bermesra dengan Nabi~Nya walaupun Allah SWT sudah mengetahui segala sesuatu, tetapi Allah SWT tetap mahu bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tetiba datang seorang kawan kita bertanya: " Oi kau tengah buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita yg bertanya tu bukan sebab dia tak tahu kita sedang menyidai kain basuhan, tetapi dia cuma ingin bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tidak patut."

-Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din



Comments

Popular Posts