Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, February 22, 2016

Bersabarlah Hati



Bersabarlah duhai hati.. kuatlah duhai anak..
Nawra sayang..maafkan ummi dan papa terpaksa meningalkan Nawra dgn orang lain kerana pergi mencari rezeki..
Nawra sayang.. maafkan ummi dan papa yang tak pandai menilai orang.. 
Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra..
Segalanya nampak sempurna dan indah untukmu sayang.. 

Tak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini begitu sekali..
Apa dosa bayi 10 bulan yg masih belum boleh merangkak dgn baik apatah lagi memanjat atau nakal..
Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menampar mu..
Hancur hati ummi bila Nawra menangis dan hari ke-5 ini bengkak muka masih belum surut..
Tak dapat ummi bayangkan betapa kuat pengasuh menampar Nawra sehingga lebam berbirat..
Betapa kuat Nawra menangis..
Betapa takut Nawra lalui hari-hari bila ummi dan papa tiada..

Patutlah selama ini Nawra sangat takut dgn orang sekeliling.. tak boleh berpindah tangan dari ummi atau papa.. tak boleh sesiapa ambik dukung dari kami..
Rupanya Nawra trauma dan takut ummi dan papa hilang lagi dan lagi
Sungguh bukan mudah memaafkan bila hati sgt sakit..tapi

Ummi redha apa sudah terjadi, kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kamu sayang..
Ummi tak mahu dia hilang ibunya kerana ini
Ummi tak mahu dia lalui hari-hari sepertimu..takut tanpa ibunya disisi..
Papa tahu ummi sedih, ummi tahu papa marah
Papa ajar ummi melupakan..
Jangan ada dendam supaya hati tenang..
Ummi redha..papa redha sayang..

Jangan takut lagi Nawra.. 
walaupun tanpa kami kau punyai Allah duhai anak..
Semoga Nawra sihat selalu membesar menjadi anak perempuan yg cerdik dan solehah In Syaa Allah.

kredit: Nadea Teja


No comments:

Post a Comment