Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Wednesday, February 10, 2016

Bell Palsy : Bukan Buat Lawak Muka Senget !!!


Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf). 

Punca terjadinya Bell's palsy

Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba melibatkan sebelah muka namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka. Mengikut pakar yang di jemput dalam rancangan Wanita hari ini pada 28 april 2011 Bell's palsy ialah satu jangkitan virus yang menyerang saraf di muka, saraf tersebut, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.Saraf tersebut membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut dan menyebabkan pesakit mengalami kekenduran pada otot muka. Antara akibatnya kelopak mata tidak boleh dibuka atau tutup, mulut senget dan deria rasa berkurangan. “Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar masih tidak diketahui,. Beberapa punca lain yang mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan Tanda

Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.Ssetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Merawat Bell's Palsy

Hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus. “Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.
Rawatan yang diberikan selalunya doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan. Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilalui oleh pesakit.


No comments:

Post a Comment