Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Thursday, February 11, 2016

7 Sebab Main Facebook Tak Bagus Langsung



10 tahun lalu, Facebook dianggap media sosial paling popular dan cool di seluruh dunia.

Mana taknya, melalui Facebook, anda boleh berhubung dengan kenalan lama anda dan juga kawan yang anda paling tak suka di sekolah.

Bukan itu sahaja, Facebook juga memberitahu orang lain status anda sama ada single, sudah berpunya atau tidak.

Kalau ikutkan semua maklumat peribadi anda boleh didapati di Facebook je.

Tapi, makin lama Facebook ni dah tak memberi manfaat dan semakin disalah guna.

Jadi, kami senaraikan 7 sebab kenapa anda perlu berhenti ber-Facebook sekarang!


1. Ia hanya membazir masa anda je

Dianggarkan setiap pengguna akan melawat Facebook selama 17 minit dalam sehari. Jika 10 tahun, itu bermakna anda sudah habiskan masa 40 hari dengan hanya scroll, like dancomment gambar.


2. Facebook gunakan anda untuk jual barang

Pada tahun 2012, Facebook pernah memanipulasi 689,000 akaun tanpa persetujuan dalam satu eksperimen untuk mengkaji sama ada pengguna boleh terima atau tidak jika mereka membuat perubahan pada halaman Facebook mereka.

3. Facebook selalu goda anda dengan iklan

Pernah tak anda dah tekan iklan tersebut dan kemudian beli barang, lepas tu Facebook masih mengingatkan anda kembali tentang barangan yang anda sudah beli?

4. Facebook tak baik untuk kesihatan

Facebook merupakan laman web yang berbahaya. Jika disalah guna ia boleh merosakkan hubungan dan emosi anda. Yela, bila tengok orang lain lebih mesti akan rasa sakit hati dan tak bahagia

5. Siapa mereka dalam friend list anda? Ada kenal ke semuanya?

Orang dewasa biasa mempunyai 338 rakan di Facebook dan 10 peratusnya, mereka tidak tahu siapa orang-orang tersebut. Paling-paling pun masih berhubung dengan 4 hingga 5 orang rakan sahaja.

6. Facebook beri anda info yang tidak sahih & tak berguna

Sekarang ni selalu jadi isu tentang maklumat atau berita yang orang selalu share di Facebook. Hampir 60 peratus semuanya palsu. Bukan tu je, tengah bosan, mula la sharebenda mengarut.

7. Facebook rosakkan kemahiran komunikasi anda

Bila kali terkhir anda berjumpa dengan rakan lama, saudara mara dan rakan sekolah anda? Bila anda terlalu bergantung dengan media sosial untuk berhubung, kemungkinan anda akan rasa rasa awkward apabil berhubung dengan mereka di dunia realiti.

kredit: hanasuva

No comments:

Post a Comment