Saturday, February 13, 2016

6 Tips Atasi Masalah Kelemumur


1. SYAMPU YANG SESUAI

Bukan semua syampu rambut direka dan diproses untuk tujuan yang sama, terdapat pelbagai kenis syampu diluar sana yang berteraskan untuk menguatkan akar rambut, menghitamkan rambut, menjaga kulit kepala dan lain-lain.

Oleh itu, anda dikehendaki untuk memilih syampu untuk kelemumur ataupun syampu anti- kelemumur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. PM saya untuk pilihan syampu yang terbaik

1. Gunakan yogurt anda untuk menghilangkan kelemumur. Cuma bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan untuk 10-15 minit.
2. Bilas dengan air yang bersih, guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.

2, ASPIRIN

1. Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
2. Masukkannya ke dalam syampu rambut anda, dan sapu/guna seperti biasa.
3. Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika (2-5 minit), kemudian bilas seperti biasa.

3.CUKA EPAL (Apple Cider Vinegar)

1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih.
2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.
3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.
5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.


4. PISANG DAN CUKA

1. Kupas satu ulas pisang.
2. Campurkannya dengn 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga ia menjadi paste
3. Kemudian sapukannya keatas rambut dan kulit kepala.
4. Ratakan campuran tersebut keseluruh permukaan kepala anda
5. Biarkan selama 20 minit sehingga 1 jam, dan kemudian bilas dengan sempurna.
6. Ulang langkah setiap hari selama 1 minggu.

5. BAKING SODA

Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam perbagai situasi dan termasuklah dalam menghilangkan kelemumur.
Cara-caranya adalah mudah, anda cuma perlu menggosok sedikit baking soda pada rambut dan kulit kepala anda. Kemudian bilas selepas 1 minit.
Ulangi langkah di atas setiap hari untuk 2 minggu. Anda akan terkejut dengan hasilnya!


6. PENGAMBILAN ZINC

Sesetengah pakar menyatakan bahawa kekurangan zinc sebenarnya boleh membawa kepada kemerosotan struktur protein yang membentuk folikel rambut. Perkara ini akan melemahkan folikel yang boleh menyebabkan rambut gugur dan menjadi lemah.

Zinc juga dipercayai memainkan peranan penting dalam penghasilan DNA dan RNA. DNA dan RNA diperlukanbagi menghasilkan bahagian sel-sel folikel rambut yang membawa kepada pertumbuhan rambut lebih sihat.

Zinc juga boleh membantu menjaga keseimbangan hormon yang boleh menjadi salah satu sebab mengapa ia begitu berkesan dalam mencegah keguguran rambut. Terdapat juga beberapa kajian yang dilakukan, seseorang yang memiliki rambut beruban berubah kepada warna asal apabila dipelihara dengan diet yang kaya dengan zink atau makanan tambahan pertumbuhan rambut.

Sebagai bonus, zinc untuk pertumbuhan rambut yang boleh membantu menghapuskan kelemumur pada kulit kepala juga.

kredit: Azalea Beauty