Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Tuesday, February 9, 2016

5 Tips Supaya Rajin Berdoa


Orang yang paling rapat dengan Allah ialah orang yang paling banyak berdoa.

Tapi kenapa kita malas nak berdoa?

Sedangkan Allah dah bagi jaminan yang Dia confirm makbulkan doa kita! Kalau tak sekarang, mungkin di syurga!

Saya nak share tips supaya rajin doa!

1) Ambil sehelai kertas, listkan apa yang kita nak dalam hidup ni. Contohnya nak bahagia duina akhirat, kelapangan masa, murah rezeki, diampunkan dosa, ketenangan hati, kebahagiaan keluarga, rumah besar, kereta besar, bijak, isteri solehah, suami hensem dan sebagainya. Ambil masa untuk duduk, renungkan hidup, tanya pada diri, apa aku nak dalam hidup ni. Senaraikan wishing list kat sehelai kertas. Mungkin berpuluh, mungkin beratus.

2) Bawa kertas tersebut setiap kali solat

3) Tiap kali habis solat, doa dan minta pada Allah apa yang ada dalam senarai tersebut, cakap Melayu pun tak pe, jangan risau Allah faham apa yang kita ucapkan. Jangan pula doa pelik-pelik seperti doa minta tumbuh sayap, doa boleh terbang, doa ada superpower!

4) Jangan lupa adab dalam berdoa seperti mengadap kiblat, tadah tangan, merendah diri, memulai doa dengan memuji Allah dan selawat pd Rasulullah dan sebagainya

5) Sentiasa bersangka baik dengan Allah

Kadang-kadang kita malas berdoa sebab kita tak faham apa yang kita doakan, tapi kalau kita faham hakikat berdoa. Confirm kita berdoa sungguh-sungguh. Sebab doa itu senjata orang Mukmin!

kredit: Jue Jaapar

No comments:

Post a Comment