Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Friday, February 12, 2016

5 Adik Beradik Genius ?







Bukan Seorang, Tetapi Ibu Ini Telah Melahirkan 5 Orang Anak Yang Huffaz dan Profesional (Bahagian 1)

Saya terjumpa perkongsian ini di Facebook dan tertarik untuk melihat bagaimana daripada seorang ibu lahirnya 5 orang anak lelaki yang sangat berjaya.

5 orang anak lelaki ini bukan sahaja menguasai ilmu dunia melalui bidang profesional yang mereka ceburi, tetapi juga menguasai ilmu akhirat dengan berjaya menjadi Huffaz atau Hafiz Al-Quran.

Ibu 5 anak lelaki ini, Puan Siti Nadzrah Sheh Omar berkongsi menerusi Facebook bagaimana beliau mendidik anak-anak menjadi penjaya. Sebelum itu, mari kita kenali 5 anak lelaki yang berjaya ini:

1. Aiman Salmi, peguam dan huffaz

2. Syamil Salmi, doktor dan huffaz

3. Irfan Salmi, doktor dan huffaz

4. Farhan Salmi, pengurus dan huffaz

5. Suhayl Salmi, jurulatih motivasi dan huffaz

Dan di bawah dikongsikan tips pertama dalam membesarkan anak-anak:

‘Pembentukan Karakter Anak-Anak’

Pendidikan anak-anak terlalu penting. Pembentukan peribadi anak-anak bermula dari rumah.

Apa yang dilihat itulah yang dicontohi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung.

Saya sangat bersetuju dengan hakikat ini sebab apa yang dilalui oleh anak-anak di awal kehidupannya banyak mencorakkan karakter dan tingkah laku mereka di masa akan datang, terutamanya ketika mereka diberikan hak eksklusif untuk menentukan hala tuju hidup mereka sendiri.

Ketika itu, ibubapa hanya akan menjadi pembimbing dan penasihat dan bukan pembuat keputusan untuk mereka.

Di sini saya ingin memulakan siri perkongsian pendidikan anak-anak dengan mengenengahkan teori pertama, yakni ‘Layanan Sama Rata’ terhadap anak-anak.

Saya melihat adalah amat penting anak-anak sejak dari kecil diberikan layanan sama rata baik dari sudut kasih sayang, makan pakai, perhatian, pemberian hadiah dan lain-lain.

Saya sendiri mengamalkan pembentukan karakter anak-anak dari sudut kesamarataan baju yang dibeli dan dipakaikan pada anak-anak sejak kecil. Sama rata tidak lah bermaksud exactly the same… but more or less the same.

Dengan kata lain, serupa tapi tak sama. Lihatlah anak-anak saya bergembira dengan baju sedondon mereka baik di hari lebaran, maupun ketika santai, tatkala bercuti, atau di taman, tidak ketinggalan juga ketika di pantai.

Tujuannya adalah agar anak-anak merasakan bahawa mereka mendapat perhatian dan layanan yang adil dan saksama dari ibu bapa mereka di mana kesannya akan menerbitkan perasaan kasih sayang di antara adik beradik.

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani maupun Majusi.” (HR Bukhari dan Muslim)


No comments:

Post a Comment