Thursday, February 18, 2016

4 Rawatan Menghilangkan Jeragat



1) Pengelupasan Kimia
Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan pengelupasan kulit.

Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

Kos RM450 – RM600 (Pengelupasan kimia sahaja, tidak termasuk rawatan lain).

2) Laser
Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).

Kos RM1,000 – RM2,000

3) Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

Kos RM750 – RM900 (Untuk 6 kali rawatan)

4)Krim dan Sunblock
Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat di atas yang memang telah sedia mahal.

kredit: diet diet sihat