Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Sunday, August 16, 2015

Tips Jerawat Amyra Rosli

NAMA gadis ini sememangnya semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat seni tanah air. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, aktres yang bakal menginjak usia 24 tahun ini juga hadir dengan pakej rupa paras cantik.

Meskipun masih muda, ia bukanlah alasan aktres yang dikenali dengan nama Amyra Rosli ini untuk mengabaikan aspek kecantikan dan kesihatan.

Pun begitu, bagi empunya nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, dia bukanlah terlalu obses atau teliti terhadap kecantikannya, sebaliknya melakukan rawatan sekadar yang perlu sahaja.

Jom kita selami tip atau amalan yang dilakukan Amyra dalam memastikan dirinya sentiasa tampil cantik dan sihat.




Anda bertuah kerana memiliki tubuh yang langsing, apakah yang anda lakukan untuk mengawal berat badan anda?

Sejujurnya, saya jarang dapat meluangkan masa untuk bersenam. Jadi, saya kawal pemakanan kerana kalau badan saya naik, ia akan jelas kelihatan pada bentuk muka saya. Jadi saya banyak minum air suam dan makan coklat untuk mengekalkan tenaga saya apabila bekerja.

Dengan jadual seni padat, bila selalunya anda bersenam?

Kalau ada masa terluang di rumah, saya suka naik dan turun tangga sebagai cara untuk saya bersenam. Atau pun saya akan banyakkan berjalan. Tapi untuk ke gimnasium semata-mata untuk bersenam, memang saya tidak ada masa.

Adakah anda sukakan aktiviti lasak?

Ya! Walaupun saya nampak lemah lembut, tapi sebenarnya aktiviti lasak adalah jiwa saya. Kalau ada kelapangan, saya memang suka mendaki bukit atau mencuba berjalan di atas tali tanpa sebarang pemegang. Ada kalanya saya juga sukakan aktiviti udara, atau bermain go-kart bersama keluarga dan peminat.

Boleh kongsikan rutin pemakanan anda?

Kalau pagi, saya akan ambil nestum atau oat. Alhamdulillah, ia secara tidak langsung membuatkan perut saya kenyang untuk tempoh yang lama. Kalau saya ambil nasi pun, saya akan ambil dalam kuantiti sedikit, bergantung pada kerja saya.

Adakah anda mengamalkan pengambilan suplemen?

Sebelum ini saya tidak ambil apa-apa suplemen. Tapi semenjak mengamalkan AuraWhite Kolagen, saya mula rasa perubahan, bukan sahaja pada tenaga, tapi rambut juga kurang gugur dan kulit lebih cerah.

Bagaimana pula dengan dengan rutin penjagaan wajah anda?

Walaupun saya balik jam empat pagi, saya akan pastikan membersihkan wajah daripada solekan. Kemudian setiap seminggu sekali, saya akan memakai topeng muka untuk kesegaran. Saya juga tidak makan kacang bagi menggelakkan jerawat. Paling penting saya mengambil set penjagaan wajah dari AuraWhite.

Akhir sekali, apa rahsia anda menjaga rambut yang kerap didandan?

Kalau peminat nak tahu, saya bukan seorang yang suka sikat rambut (ketawa). Sebab rambut saya mudah diurus, bila kering, dia akan terurus sendiri. Bagaimanapun itu bukan alasan saya tak menjaga rambut. Biasanya saya gosok limau pada kulit kepala seminggu sekali dan juga memakai hair mask.

kredit: sinarharian


No comments:

Post a Comment