Kenapa Perempuan Sangat Manja ?




Perempuan berjiwa sensetif. Tak kire laa sekasar mana pon perwatakannye.

Perempuan suka dibelai, dimanja dan diberi perhatian. Sebab tu kalau dengan lelaki yang caring perempuan cepat cair..

Perempuan ni senang merajuk tapi susah nak marah. Tapi kalau dah marah puting beliung jadinya.

Perempuan ni cerewet. Mesti nak dapatkan yang sebijik, serupa dengan apa yang dia mahu. Cth : Kasut, beg, baju, shawl & bla bla blaaa...

Perempuan mudah memahami tetapi sukar difahami.

Perempuan suka berangan. Cth : Suka berfantasi nak jadi macam watak heroin dalam drama or novel.

Perempuan curang sebab mereka keliru dengan kehendak diri mereka sendiri. Cth : Nak yang hensem tak berduit ke nak yang hodoh si baik hati.

Perempuan kalau yang setia kalah lelaki. Kalau yang rela bermadu tu memang terbaik habaq hang..

Perempuan yang pakai make up tebal sebab mereka kurang keyakinan diri. Hakikatnya mereka lebih cantik kalau tak pakai make up sangat..

Kelemahan perempuan adalah perempuan lain. Ini kerana mereka cepat merasa iri hati.

Perempuan sememangnya dicipta sebagai insan yang penyayang dan lemah lembut. Walaupon luarannya kasar, tegas, or garang. Tapi perempuan still ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi.

Sebenarnya perempuan yang garang ni hatinya lembut & mudah tersentuh. Tetapi dia cuba menutupi kesahihan itu sebab tak mahu dilabel lemah.

Air mata yang lahir selalu dilabel sebagai simbol kelemahan perempuan tetapi hakikatnya itulah kekuatan mereka

Sejahat mana pon perempuan tu tapi kalau ada lelaki yang sanggup bimbing, dia pasti berubah menjadi yang lebih baik. Alahai, perempuan ni hatinya macam kerak nasi..

Sematang mana pon perempuan pasti ada terselit jiwa keanak-anakan dalam diri mereka.

Perempuan suka benda yang cantik cantik, yang wangi wangi

Perempuan sangat sensetif dengan berat badan mereka. Haha

Perempuan suka pendam perasaan sampai kadang-kadang makan diri.

Perempuan cepat jatuh hati tapi susah nak melupakan.

Perempuan susah nak puas dengan apa yang dia ada & apa yang dia dapat. Yelah, perempuan kan ada 9 nafsu tapi hanya ada satu akal.

Sebenarnya dendam perempuan lebih merbahaya daripada dendam seorang lelaki. (O.o)

Perempuan suka meluahkan isi hati melalui lagu, puisi or sajak.. Muihh Muihh

Perempuan berupaya melakukan banyak kerja dalam satu masa. Cth : Berbual dalam telefon semasa memasak sambil menonton televisyen..

Perempuan suka benda yang menyakitkan or yang merumitkan asalkan mereka nampak cantik. Cth : kasut tumit tinggi & selendang berbelit belit. Perempuan memang suka berhias. o(n_n)o

Kalau perempuan dengan best friend dia memang macam laki bini. Cth: Jalan pimpin tangan, peluk peluk, tidur sebantal. Bla bla blaaa... Tak hairan laa kan sebab perempuan memang jenis penyayang

Bagi perempuan benda & peristiwa yang memalukan adalah perkara yang sensetif buat mereka. Cth : Dulu kecik kecik pernah jatuh masuk longkang then terminum airnya.. Haha. Ni contoh jelaa weh

Kebanyakkan perempuan adalah internet bergerak. Muih muihh. Kebanyakkan okay tak semua

Perempuan kalau dah cemburu, kalah inspektor Sahab ! Hahaha

Perempuan suka membebel tetapi tak suka dibebel. Acanne tu ?

Perempuan banyak cakap tapi kalau dia dah tak bercakap masalah laa tu..

Perempuan bila marah macam macam dia cakap, tapi dia tak maksudkan pon ape yang dikatanya tuu..

Perempuan cakap je dah tak suka, benci, putus jelaa, ceraikan aku. Bla bla blaa. Tapi sebenarnya hati masih sayang.. Perempuan kalau cakap memang ikut perasaan, sebab tu lafaz cerai tak diletakkan pada isteri.. :)

Perempuan ni jenis yang teliti. So jangan sesekali tersasul or terlepas cakap...

Kalau perempuan tengah marah biarkan dia bersendirian & jangan ungkap kata kata maaf pada waktu tu, nanti kalau dah sejuk dia sendiri akan cari kamu..

Jangan ceritakan betapa cantik, baiknya bekas kekasih kamu yang dulu, perempuan benci tu !

kredit: akugadiskidal

Comments

Popular Posts