Sunday, August 16, 2015

Cara Buat Iklan Power



Kalau iklan yang kita buat tak dapat respon yang menggalakkan, apakah yang kita fikir?

Ayat tak cukup POWER lah! Betul tak?

Apa pula yang dimaksudkan ayat power? Adakah bila kita tulis…

Belilah Ubat X Terbaik Di Pasaran Yang Boleh Sembuhkan 1001 Penyakit Dalam Tempoh 24 Jam!

Atau apa juga ayat lain yang dikatakan KILLER?

Soalnya, macam mana anda nak menulis ayat iklan yang boleh menarik respon – apatah lagi sekiranya perbuatan menulis itu dirasakan sukar bagi anda?

Sekarang, bila anda nak menulis atau update iklan di Facebook, blog, email atau lain-lain… anda boleh gunakan sahaja tips berkesan yang diberikan oleh ahli pengiklanan yang hebat.

Saya kongsikan satu di sini…



Menurut Drayton Bird, seorang eksekutif pemasaran & penulis terkenal yang dilahirkan pada 1936 di Liverpool, UK menyatakan:



“Perlunya ada Faktor Angguk (YA) yang wajib dalam mesej anda.”



Beliau menambah lagi:

“Saya cadangkan perkara ini kerana kebanyakan mesej jualan akan mendapat satu dari 3 reaksi berikut:
Pertama (yang paling biasa) ialah tiada perbezaan, kerana mesej yang tidak relevan, bodoh atau tiada makna, seperti “T-mobile – kekal bersama”. Ini akan memberikan reaksi keliru, “Apa ni?”
Kedua, hampir sama seperti di atas, apabila mesej berbentuk kebanggaan mengarut – seperti “Masa depan cerah. Masa depan adalah oren”. Ini akan mendapat respon yang sedikit terganggu, “Oh, betulkah.”
Yang ketiga adalah apa yang anda perlu sasarkan. Di dalamnya anda menyatakan sesuatu yang pembaca tidak dapat untuk tidak bersetuju. Ia akan mendapatkan anggukkan YA. Dan ia satu permulaan mempengaruhi yang berjaya.

Apabila anda mendapat seseorang untuk bersetuju dengan satu perkara, anda boleh menyatakan satu lagi perkara yang susah untuk tidak disetujui – begitulah seterusnya sehingga anda meminta untuk mendapatkan balasan (respon).

Apabila sudah bersetuju dengan semuanya, kenapa mereka akan berkata tidak?”



Peter Drucker, penulis lagenda falsafah & pemasaran dunia, telah menyatakannya bertahun-tahun dahulu:



“Pengiklanan yang sempurna adalah satu yang pembacanya akan mengatakan – Inilah untuk saya, dan hanya saya seorang.”



Itu bermaksud ia mendapat anggukan.

Dan pengiklanan besar-besaran tidak dapat menjadi begitu peribadi & relevan…

Dan ini dapat menerangkan kenapa online marketing – khususnya melalui email adalah amat berkesan.

Secara umumnya, proses asas ini ada saya kongsikan di Seminar Website & Marketing, khusus bagi yang berminat untuk mendalami ilmu online marketing. Cuma kali ini saya mahu tekankan kepada fakta utama…

…Betapa pentingnya kita mempunyai dan membina database (khususnya senarai email prospek).

Apa yang anda mahu sampaikan perlu memenuhi apa yang anda tahu mengenai prospek atau pelanggan anda.

Menurut Harvey McKay dalam bukunya Swim With The Sharks Without Being Eaten Alive:



“Sesuatu yang anda tahu mengenai pelanggan anda boleh menjadi lebih penting berbanding apa yang anda tahu mengenai produk anda”.



Walaupun anda hanya menyatakan sesuatu yang boring dan biasa seperti “Sebagai seorang akauntan” apabila anda menulis kepada akautan…

Mesej anda akan dibaca oleh mereka!

Malah menurut pengalaman Drayton Bird sendiri, perkara ringkas sebegini boleh meningkatkan respon sehingga 200% bagi sesetengah kes.

Nampak simple kan? Cuma gunakan sahaja database prospek dengan bijak.

Hantarkan mesej iklan yang jelas seperti:
Nyatakan kepada siapa ia ditujukan (apa masalah yang anda tahu pelanggan anda hadapi)
Masukkan Faktor Anggukkan (sesuatu yang pelanggan mahu yang boleh bantu selesaikan masalah mereka)

Jika orang melihat mesej yang khas untuk mereka dan mereka mengangguk YA… mereka akan klik iklan anda.

Walaupun mesejnya sekadar berbunyi:



Anda sakit kepala? Nak Panadol FREE tak?

Anda selalu kesempitan wang? Nak buat duit lebih tak?



Sekarang, anda perlu lakukan 2 perkara…

Pertama, lihat kembali mesej-mesej anda sama ada email atau Facebook update…

Lihat sama ada ia mempunyai pengisian seperti yang dinyatakan oleh pakar-pakar di atas…

Kemudian, tukar corak penyampaian untuk menarik prospek anda.

kredit: bomohwebsite