Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, August 17, 2015

15 Sebab Berat Susah Turun

Kenapa susah nak turun berat badan walaupun setiap hari diet? Ini keluhan biasa dalam proses menurunkan berat badan. Walaupun anda seorang yang rajin bersenam tetapi berat badan bukan saja taknak turun, malah terus bertambah pula! Mungkin sebenarnya terdapat banyak kebiasaan buruk yang anda ‘terlupa’ semasa didalam proses diet atau menurunkan berat badan. Okay, berikut kami ingin kongsikan 15 punca mengapa anda sukar menurunkan berat badan.



1. Pengambilan air soda / bikarbonat

Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.

2. Kurang tidur

Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan.

3. Tidak bersarapan

Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.

4. Makan terlalu cepat

Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tak, kalau makan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala tu tak sempat kunyah dah telan terus. Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.

5. Kurang minum air putih

Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya berkurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum air putih. Tidak cukup minum air putih juga akan membuatkan sel anda mengecut. Sel kemudian menghantar isyarat ke otak bahawa badan sudah mengalami dehidrasi / kurang air. Tetapi otak tidak boleh menganalisis samada isyarat tersebut LAPAR/KURANG AIR DI DALAM BADAN. Kebanyakan dari kita tersilap dengan menafsirkan bahawa perut kita LAPAR walaupun baru selepas MAKAN. So kita akan makan dan terus makan. Sebenarnya, anda hanya perlu minum air putih & pasti akan terus kenyang! Ingat tu..

6. Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan

Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti. Ha, tapi itu tak bermaksud lah anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi tau. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.

7. Makan Ketika Tertekan/Stres

Ketika stres, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. So ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.

8. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Tahu tak dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.

9. Terlalu banyak menonton televisyen

Ketika menonton televisyen, fikiran anda lebih tertumpu di hadapan televisyen. Jadi anda lebih cenderung makan makanan ringan semasa menonton televisyen kadang-kadang sampai terlebih-lebih tanpa disedari.

10. Pinggan Yang Digunakan Bersaiz Besar

Pinggan besar, makin banyak makanan yang boleh diisi. Bila banyak makanan boleh diisi, banyak lah yang kita makan. Bila makan banyak, badan jadi gemuk. Simple kan? Maksud saya simplekan cara untuk menjadi gemuk.

11. Pesan Combo Makanan

Biasanya menu combo di restoran lebih murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu tambahan. Tapi jangan lupa dengan menu combo tu, anda akan mengambil lebih banyak kalori dan dah tentu jugaklah anda akan menghabiskannya kerana tidak mahu membazir. Faham tak konsepnya disitu?

12. Minum Kordial

Jus dan kordial adalah merupakan jenis minuman yang berbeza. Seperti tagline wanista : Dari Jus Dan Kordial Sebenar. Minuman kordial biasanya mengandungi sedikit kandungan buah asli tetapi pemanis buatan fruktosa yang tinggi berbanding jus buah sebenar yang datangnya 100% dari buah sebenar. Jadi, pilihlah jus buah sebenar ( boleh je blend sendiri kan ) kerana ia pasti kurang gula buatan berbanding jus sebenar.

13. Makan Dengan Potongan Yang Besar

Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.

14. Malas Bersenam

Bersenam tidak perlulah berat-berat, cukup sekadar berjalan-jalan. Bersenam juga membantu meninggikan metabolism tubuh. ( Kalau makan ubat diet, tapi metabolism rendah pun tak boleh sebab ubat diet berfungsi mengikut metabolism tubuh juga).

15. Makan Lewat Malam

Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam tu membuak-buak, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah. Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal.

kredit:fb felina


No comments:

Post a Comment