Tips Bunuh Cacing Merah Dalam Tandas



Pernah tak korang jumpa cacing kecil panjang warna merah dalam bilik air? eiiwwwww menggelikan betul bila tiba-tiba muncul. Mula-mula tu sikit tapi lama-lama kemain banyak plak diaorang panggil geng

Dah tu tak makan saman pula bila dipijak menggunakan kasut but.


Ini tidak boleh dibiarkan lagi #AbangMunz mesti mengambil satu inisiatif untuk menyelamatkan keluarga #AbangMunz dari cengkaman cacing kecil merah yang semakin banyak.

Selalunya ia akan muncul pada rumah yang lama-lama mungkin kerana sistem kumbahan dan saliran tidak sempurna dan macam-macam kan ada disitu
#Tips 1 – Cari Clorox

Ya anda tak silap , CLOROX. Hanya Rm 3.20 dan mungkin anda boleh dapatkan lebih murah di pasaraya dan kedai berhampiran anda.


#Tips 2 – Mulakan Membunuh Tanpa Belas Kasihan

Kenali tempat-tempat mereka bertenggek dan tuang CLOROX tanpa ada rasa sedih dan belas kasihan

anda akan nampak cacing-cacing panjang merah ini menggelupur kepanasan hasil bahan kimia yang kuat dari CLOROX


Lepas tempat-tempat mereka betenggek dan berkeliaran sila tuang dengan gembira dan muka jahat ke dalam saliran lubang air ni supaya terhapus telur dan keturunan meraka . haahaha

#Tips 3 – Biarkan Sekejap Untuk Mereka Merasa Kepanasan Bahan Kimia Yang Hakiki

Tunggu dan lari jauh-jauh dari tempat pembunuhan selama sejam atau lebih

** Pakai mask atau pelindung hidung sebab bau clorox yang kuat amat memedihkan hidung anda
#Tips 4 – Siram Dan Ulang

Siram tempat pembunuhan tanpa dikesan oleh pihak musuh dan ulang selama 3 hari atau lebih , Selalunya esoknya dah tiada kesan cacing berkeliaran. Awas bila dah tengok tiada cacing kadang-kadang telur nya masih ada. ULANG SAMPAI TIADA KESAN (3 atau 4 kali maksima)


InsyaAllah cacing tu akan hilang. Dah selalulah mencuci tandas anda dengan corox. Sesuai dengan tagline dia “kill gems that cause ill”

kredit: abangmunz


Comments

Popular Posts