Thursday, July 30, 2015

Makanan Buat Anak Sihat Cergas Pintar

Kehamilan satu anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti setiap pasangan mengharapkan kelahiran seorang anak dengan selamat dan sempurna sifatnya. Selain itu ibu bapa juga mendambakan seorang anak yang bijak dan cergas.

Makanan juga mempengaruhi otak anak yang bijak dan cergas sejak dari dalam kandungan ibu lagi, Pemakanan yang berkhasiat dan dari sumber yang baik amatlah dititikberatkan untuk kelahiran anak yang sihat dan selamat. 





Apa sumber makanan yang sihat?


1) Asid folik

Untuk dapatkan anak yang bijak, ibu boleh mengusahakan sejak dari awal trimester kehamilan lagi. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang penting untuk pertumbuhan otak janin yang sihat iaitu asid folik.

Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buah-buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa wanita merancang untuk hamil dan tiga bulan pertama selepas disahkan hamil.

Ia boleh mengurangkan risiko mendapatkan anak cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), membantu perkembangan dan pertumbuhan otak (anencephaly) dan saraf tunjang.


2) Buah-buahan saranan Rasululah s.a.w

Didalam al-Quran ada menyebut tentang makanan yang disarankan dimakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan anak cerdas. Antaranya adalah :


Pir : Buah ini mengandungi banyak air yang manis dan penuh vitamin. Rasulullah s.a.w bersabda "Makanlah buah pir kerana buah ini dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati" Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantikan anak kalian".

Kurma : Ia mengandungi antara lain zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Iman Ali bin Abi Thalib berkata: "Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab)."

Luban (kemenyan arab) : Rasulullah s.a.w bersabda: "berilah makanan dari Luban (kemenyan arab) isterimu yang sedang hamil, kerana jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban, ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani dan jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya."

Tembikai : Selain mengurangkan rasa mual, ia dapat mencegah dehidrasi, kejang otot dan baik untuk nutrisi janin dari segi pekembangan otot, penglihatan, sistem imunisasi dan saraf janin. Rasulullag s.a.w bersabda: " Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus."

Kelapa ; Rasulullah s.a.w bersabda; "Berilah makanan isterimu yang sedang hamil buah kelapa kerana ia dapat menjadi sebab anakmu berakhlak baik."