Saturday, July 25, 2015

Cara Tingkatkan Trafik Blog



1. Blogwalking


Blog kita samalah seperti rumah kita, sekiranya kita tak melakukan kunjungan mana mungkin orang akan kenal dengan blog ataupun jenama kita. Bahkan ini merupakan cara yang paling berkesan untuk memberi tahu blogger-blogger di luar sana, bahawa korang juga adalah sebahagian daripada mereka. 

Tinggalkan komen berserta url blog korang setiap kali rakan-rakan blogger sekeliling korang mengemaskini catatan. Jangan jadi silent readers, ambil peluang untuk berkenalan dengan mereka, bina network. Mereka inilah yang berpotensi untuk menjadi pembaca setia dan membantu korang untuk terus bersemangat dalam dunia blogging.

2. Media Sosial


Media sosial merupakan antara media yang hampir setiap hari kita buka, jika dirujuk pada ranking Alexa (Malaysia), Facebook berada di tempat ke-3.

Ini merupakan satu tanda bahawa facebook berpotensi untuk menjana trafik yang tinggi. Ramai orang berkumpul di sana! Banyak pages yang telah menggunakan kesempatan ini. Fenomena viral yang tercetus di facebook adakalanya adalah strategi fan pages terkenal untuk mengeksploitasi followers mereka. Jika korang perasan la. 

Jadi, pastikan blog yang korang mesra media sosial. Pasangkan button button share, tweet,like pin dan lain-lain media yang nak difokuskan.

Bagi yang memiliki kepakaran dalam pengendalian fan pages boleh la menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Manakala bagi pemula macam aku, sertai lah mana-mana kumpulan sosial, kongsikan kemaskini blog di wall sendiri dan group yang berkaitan niche masing-masing.

3. Teknik SEO


Menulislah menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization). Tujuan teknik ini ialah untukmemudahkan blog/artikel yang terbitkan muncul dalam senarai carian apabila pengguna menggunakan engine carian seperti Google, Yahoo, Bing dll.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan penulis blog ketika ini memilih untuk menawan SERP (Search engine results page) Google. Kenapa? Sebab secara global, laman web pertama di dunia! Rujuk Ranking Alexa.

Teknik ini menjadi buruan dalam kalangan blogger-blogger terkenal di serata dunia termasuk Malaysia. Semakin kerap blog kita muncul dalam SERP , semakin tinggi peluang untuk menarik trafik dari enjin carian.

4. E-mail


Jika pengunaan media sosial boleh diumpamakan korang mempromosikan blog di tempat orang ramai sedang berkumpul, teknik email pula ialah di mana korang datang ke rumah orang dan mendapatkan mereka!

Seperti surat khabar, e-mail juga memerlukan pembaca untuk subscribe terlebih dahulu. Selepas itu barulah kita boleh menghantarkan kemaskini, hadiah dan sebagainya kepada pembaca kita. Mereka inilah yang akan berpotensi besar untuk menjadi pembaca setia! Ingat, jangan buat SPAM!

5. Forum


Libatkan diri dengan aktiviti forum, fokus kepada topik-topik yang berkait dengan niche masing-masing. Letakkan alamat blog korang pada signature bagi membolehkan ahli-ahli forum yang lain nampak url blog korang setiap kali membuat post atau reply.

Post penganjur Malaysia Best Blog 2015 yang sempat aku snap dari Forum WangCyber.Com sewaktu menulis entry ni.

Tak dinafikan, sebahagian blogger baru yang selalu terlepas pandang strategi ini. (Termasuk aku sendiri). Sesuatu yang menariknya di sini, sebelum media sosial menjadi fenomena, ramai otai-otai blogger yang terlibat dengan aktiviti forum ni. Jadi, semestinya ini sesuatu yang menarik untuk diterokai! Hehe… 

6. Contest & Giveaway


Anjurkan satu contest ataupun Giveaway. Teknik ini biasa digunakan oleh blogger bagi menaikkan ranking mereka dengan cepat. Walaupun teknik ini tidak boleh untuk bertahan dalam jangka masa yang lama, tetapi ini ialah teknik yang paling singkat untuk memperkenalkan jenama blog masing-masing dalam kalangan Blogger.

Semakin lumayan hadiah yang ditawarkan, semakin tinggi potensi contest yang dianjurkan mendapat sambutan. Selepas itu mulalah traffic datang mencurah-curah bagaikan hujan! Jika contest korang mendapat perhatian daripada blogger-blogger otai dari seluruh Malaysia, maka bertambah cepatlah proses penjenamaan dan pengenalan blog korang dalam rangkaian blogger semasa.

7. Media Cetak


sertakan sekali alamat blog setiap kali terbitkan banner, poster, bisnes kad, sticker dll . Ini ialah pengiklanan secara tidak langsung. Lazimnya orang melihat akan tertanya-tanya…

“Apa yang ada dengan web url itu?”

“Laaaa… ini saja?” Aku selalu terkena! 

Cara tingkatkan trafik blog ini nampak saja biasa, tapi kalau dilakukan dengan konsisten dan berterusan, hasilnya boleh jadi luar biasaa! Paling penting, kongsikan entry yang ada kebaikan dan cariannya tinggi! Inilah yang menjadikan blog kita punya daya tarikan untuk rakan-rakan dan pembaca untuk datang lagi di masa depan! Apa lagi? Jom, tingkatan trafik blog dengan berterusan! 
sumber: suhimiain