Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Friday, April 10, 2015


1. PERCUMA




Gunakan perkataan ini apabila anda nak menjual produk anda.Kalau anda memang ada free gift, itu bagus. Tapi, kalau tidak ada pun,tak mengapa, anda boleh berikan Warranti percuma.



Contoh, cuba lihat, iklan kereta, mereka beri Warranty kereta secara Percuma,untuk 100,000 km pertama.



Kalau tak mention pun, orang beli juga kereta tu kan? Tapi, kalau mention PERCUMA, orang lebih yakin nak beli.



Boleh juga buat, Beli 3 Percuma 1





2. DISKAUN




Sekali sekala, berikan diskaun kepada produk anda.Katakan produk anda, harganya RM50.



Berikan diskaun, sebanyak RM5.Tapi, ayat iklan anda, gunakan, DISKAUN 10% ^_^





3. TERHAD




Gabungkan perkataan TERHAD dengan salah satu perkataan sebelum ni.



Contoh, DISKAUN ini TERHAD sehingga 10 haribulan.





Ok lah, selamat mencuba.



Saya doakan, bisnes anda sukses selalu.





Pelanggan tak suka perkataaan apa?

->> Pelanggan tak suka perkataaan "Beli"



Berniaga di facebook, Perlukan seni.Pelanggan tidak suka dengan perkataan"Beli" .



Cuba ganti perkataan "Beli"kepada sesuatu yang bermanfaat seperti:



1. Nak cuba x?2. Nak rasa x?3. Nak Cantik x?4. Nak kurus x?5. berminat nk cuba?



Contoh 1:"Quran ni harga RM250 je. sesuai sangat untuk anak kecik yangtak pandai mengaji..sis boleh cuba sendiri dan tgk sendiri perubahan anak sisdalam masa sebulan penggunaan..sis berminat nak cuba?





Contoh 2:"Antara kelebihan ubat kurus ni..kita xperlu berlapar untuk kurus..maksudnya sis makan nasi banyak mana pun tapi still boleh kurus...sis nak kurus x? Nak cuba 1? 1 buleh tahan hingga 2 bulan penggunaan.. "



Raja Kamil





Tips Perniagaan Internet MUDAH & MURAH

Oleh: Irfan Khairi

Kini perniagaan Internet adalah tidak asing lagi. Ramai yang menjalankan perniagaan Internet menjual pakaian muslimah, tudung, aksesori, e buku, produk kesihatan dan macam-macam lagi. Musim perayaan juga tidak lama akan tiba, pastinya perniagaan Internet menjual kuih-kuih raya juga akan mula memeriahkan lagi di laman web, blog serta Facebook kita.

Saya telah menjalankan perniagaan Internet lebih dari 13 tahun kini dan antara manfaat perniagaan Internet yang paling saya suka dari dulu hingga kini,adalah pada kos menjalankan perniagaan Internetadalah rendah. Kita tidak perlu menyewa kedai yang mungkin berkos RM2,000-RM5,000 sebulan. Belum lagi di kira sebelum menyewa kedai, kos permulaan mengubah suai kedai mungkin berbelanja berpuluh ribu ringgit. Belum di kira juga kos overhead seperti elektrik, aircond, air, pekerja setiap bulan.

Menjalankan perniagaan Internet dapat mengurangkan kos perniagaan kita. Memiliki laman web tidaklah mahal. Blog pula boleh dimulakan secara percuma. Begitu juga dengan Facebook, selama ini kita gunakannya, tidak perlu bayar satu sen pun.

Hari ini, suka saya kongsikan beberapa tip untuk anda jalankan perniaagaan Internet anda pada kos yang rendah:

1.Mulakan perniagaan anda melalui blog percuma


Melalui perkhidmatan online seperti www.blogger.com anda dapat memulakan blog anda sendiri secara percuma. Anggap blog adalah sebagai kedai anda di mana pelawat boleh memasuki kedai anda, memilih apa yang mereka inginkan, kemudian melakukan bayaran kepada anda untuk mendapatkan produk tersebut.

Apa yang menarik mengenai blog adalah, ianya mudah untuk dipelajari. Sekiranya anda biasa menulis email, mengendalikan blog sendiri juga adalah mudah.

Satu perkara mengenai blog adalah, blog disukai oleh enjin pencari oleh kerana ia memberi maklumat, sering dikemas kini, serta interaktif dimana pelawat boleh meninggalkan komen balas. Ketiga-tiga ciri ini adalah ciri laman web yang disukai oleh enjin pencari dan sering di bawa ke muka surat hadapan enjin pencari dan memberi promosi percuma tambahan kepada perniagaan anda!



2.Mulakan perniagaan anda di Facebook


Lebih kurang 50% penduduk Malaysia kini mempunyai akaun Facebook. Angka ini adalah amat tinggi untuk anda mencapai pasaran yang besar. Ramai antara kita sebelum membuat belian di Internet suka mendengar pandangan kawan atau keluarga. Media sosial seperti Facebook, merupakan satu platform di mana maklumat dapat dikongsikan dengan mudah melalui sharing.

Pastinya anda pernah melihat mereka yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan di Facebook bukan? Bukan sahaja media sosial adalah percuma, media sosial seperti Facebook dapat membina jenama perniagaan anda dengan murah oleh kerana anda dapat mendekatkan lagi diri anda bersama prospek dan pelanggan tanpa sebarang kos.

3. Bina jenama anda


Satu teknik dalam mengurangkan kos promosi perniagaan anda adalah dengan membina jenama perniagaan anda. Apabila sesuatu nama atau jenama perniagaan itu diingati orang ramai, ianya sering menjadi pilihan pengguna walaupun tiada pengiklanan dilakukan.

Cara membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan banyak membantu orang ramai mendapatkan informasi-informasi berguna mengenai bidang yang dilakukan. Tidak kira sama ada melalui blog, ataupun media sosial, anda perlu kongsikan tips-tips berguna yang dapat membantu orang ramai mengenai industry anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk fesyen, maka kongsikan tip-tip fesyen. Sekiranya anda menjual produk kesihatan, maka kongsikan tip-tip kesihatan yang berkaitan. Dengan melakukan ini, kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap anda akan meningkat, dan ini juga akan meningkatkan jenama anda di mata orang ramai.

4. Dapatkan pasaran anda yang tertumpu


Internet adalah amat besar. Cara untuk anda mendapatkan prospek dan pelanggan adalah dengan mendapatkan pasaran yang tertumpu. Kenal pasti pasaran anda oleh kerana bukan semua orang akan berminat membeli produk atau perkhidmatan anda.

Tetapkan pasaran anda yang tertumpu dan beri fokus pada pasaran tersebut. Aktiviti cuba menjual kepada semua orang di Internet hanya membazirkan masa dan juga wang anda. Dengan mengenal pasti sasaran pasaran yang lebih tepat lagi, anda boleh memberi fokus membina jenama anda pada sasaran yang itu sahaja. Sebagai contoh, menjual peralatan memancing, fokuskan pada mereka yang mempunyai hobi memancing sahaja. Menjual jersi bola sepak, fokuskan kepada mereka yang minat bola sepak sahaja. Masa dan kos promosi anda akan dapat dijimatkan.

Menggunakan media Internet yang percuma, serta membina jenama anda di Internet adalah kunci untuk berjaya di Internet pada kos yang rendah!



Saturday, April 4, 2015

Keajaiban Dan Manfaat Kulit Pisang - Kulit pisang kerap menyebabkan banyak orang terjerembab ketika menginjaknya, makanya dicap sebagai sampah yang menjengkelkan. Sekalipun sebetulnya manfaat kulit pisang bukan cuma untuk membuat orang terjatuh. Dimulai dari menyembuhkan kutil sampai membuat sepatu mengkilap bisa ditangai kulit pisang. Satu diantara manfaat kulit pisang lainnya ialah menjernihkan air. Berdasarkan suatu penelitian yang diterbitkan pada jurnal Industrial & Engineering Chemistry Research, kulit pisang mampu memfilter logam berat khususnya tembaga dan timbal. 





Pada riset itu, kulit pisang yang difungsikan tak diperlakukan khusus tetapi cuma diiris kecil-kecil kemudian ditempatkan dalam air tercemar. Irisan kulit pisang tersebut dapat dipakai sampai 11 kali dengan tidak menurun kesanggupannya menyerap cemaran logam berat dalam air. Tidak sedikit manfaat kulit pisang yang lain di samping untuk memurnikan air antara lain ialah :

1. Menanggulangi gatal-gatal pada kulit

Gatal yang disebabkan gigitan serangga ataupun alergi ringan dapat ditanggulangi menggunakan kulit pisang. Langkahnya hanya dengan menempelkan kulit pisang pada kulit yang menderita gatal-gatal tadi.

2. Mengurangi rasa nyeri

Kandungan minyak nabati pada kulit pisang memiliki zat tertentu yang berguna untuk pereda rasa nyeri. Dengan menempelkan kulit pisang bagian dalam yang bersih dan segar guna meredakan nyeri akibat luka bakar ataupun tergores.

3. Menyegerakan penyembuhan luka

Kondisi luka yang mulai mengering akan terasa gatal sebab terdapat lapisan kulit mati yang keras. Lapisan kulit mati itu dapat disingkirkan lebih cepat cukup dengan mengusapkan kulit pisang, yang kemudian akan bereaksi dengan enzim yang ada di dalamnya.

4. Menyembuhkan kutil

Manfaat kulit pisang dipercaya memiliki efek anti-virus, oleh karena itu banyak yang memanfaatkannya untuk menghalau kutil yang muncul di kulit. Langkahnya dengan menutupkan kulit pisang pada kutil, kemudian direkatkan menggunakan plester dan didiamkan sampai kutil menyusut dan akhirnya hilang.

5. Membuat subur tanah

Tak cuma untuk bahan pembuatan pupuk kompos, kulit pisang pun dapat ditimbun langsung ke dalam tanah guna membuat subur tanaman. Kulit pisang mempunyai kadar senyawa Kalium yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.

6. Membuat sepatu mengkilap

Tak usah risau bila anda sewaktu-waktu kehabisan semir sepatu, dengan syarat anda mempunyai pisang di kulkas. Ambil kulitnya dan gunakan untuk menggosok sepatu kulit supaya terlihat berkilau layaknya disemir.

7. Membuat kilap tanaman hias

Bermacam tanaman hias sejenis anthurium, gelombang cinta dan semacamnya akan lebih cantik kalau dedaunannya terlihat hijau mengkilap. Fungsikan bagian dalam kulit pisang yang lembut untuk menggosoknya, maka daun-daunan itu akan mengkilap dan awet.

8. Membuat putih gigi

Poleskan kulit pisang ke gigi anda tiap hari dalam waktu kira-kira seminggu untuk memperoleh tampilan gigi yang putih mengkilap dengan alami.