Sunday, November 9, 2014

Ketahui Paras Kolesterol Yang Sihat



Paras Kolestrol Normal, Pertengahan & Tinggi

  • Paras kolestrol darah normal merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
  • Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
  • Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang memrbahaya untuk kesihatan anda. 


Punca paras kolestrol melebihi paras normal

  • Makan berlebihan terutamanya makanan yang beminyak.
  • Kerap makan makanan yang bergoreng. mentega, marjerin dan minyak sapi
  • Menggemari makanan berasaskan santan dan kerisik.
  • Makan daging berlemak dan ayam berkulit
  • Makan daging proses seperti burger dan sosej.
  • Kerap minum susus penuh krim dan makan hasil tenusu seperti keju dan dadih

sumber : abam naja superbvitamin