Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, January 20, 2014



makanan ketika berpantang

secara asasnya orang berpantang ni biasanya mereka makan makanan yang bersifat panas untuk mengecutkan sistem peranakan dan penyembuhan luka ketika bersalin. jadi, herba-herba yang bersifat panas seperti lada hitam itu adalah makanan ruji buat orang berpantang.hihi.

ulam-ulaman ketika berpantang





ada beberapa ulam-ulaman yang di cadangkan untuk ibu berpantang, contohnya:
1- serai
2- lengkuas
3- daun atau ubi cekur
4- bunga kantan
5- kunyit hidup
6- daun kesum
7- halia
8- pegaga
9- pucuk mengkudu
10- ulam raja
11- daun lemuni hitam
dan banyak lagi (nanti tanya mak atau nenek korang.hihi)

set berpantang pilihan ibu-ibu masa kini

shaklee pun ada altenatif set untuk berpantang yang biasanya menjadi pilihan ibu-ibu masa kini sebab mudah dan tak renyah bak kata mak jah ;p

- Boleh di ambil seawal hari pertama bersalin
- Tiada masalah jika di ambil walaupun anak mengalami jaundis (penyakit kuning)
- Sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan
- Memberi tenaga sepanjang tempoh bersalin
- Luka lebih cepat sembuh
- Atasi masalah rambut gugur- Luka lebih cepat sembuh


sumber: http://bicaradengantuhan.blogspot.com/2014/01/ulaman-untuk-ibu-berpantang.html


Morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan).Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.





Tips untuk melegakan morning sickness

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi banyak kali. Makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa akan membuatkan anda bertambah mual. Tips : bawa la peket biskut kecil dalam tas tangan anda. Anda boleh makan sikit demi sedikit setiap masa.


Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat untuk membantu mengatasi rasa mual anda. Makanan seperti roti, buah-buahan antara makanan yang banyak membantu.


Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan memburukkan lagi rasa mual anda.


Pastikan minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih, ataupun juice. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.


Vitamin B6 efektif boleh untuk mengurangkanrasa mual pada ibu hamil.


Rehat yang cukup. pastikan juga si ibu tidur dengan selesa dan lena


Percayalah Morning sickness atau mual muntah pada kehamilan awal ini akan segera berlalu tanpa anda sedari.dan ini akan menjadi salah satu pengalaman menarik selama kehamilan anda---bayangkan saja tentang si kecil yang akan segera hadir membawa sejuta kebahagian.:)


sumber:http://norazmiramdnoh.blogspot.com/2013/12/morning-sickness.html
Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.



vitalea shaklee




Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea

Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.


Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.


Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.


Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.


Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.


Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.


Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.


Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.


Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.


Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.


Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.


Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.


Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.


Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.


Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.


Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.


Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.


Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.


Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.


Manfaat utama Vita-Lea 

  1. Penambahan tenaga SEGERA - pemberi tenaga,kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam asperk pembekajaran mahupun kerja2 seharian
  2. Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang,terutamanya mereka yang vegetarian dan anemia.
  3. Keupayaan sistem reproduktif - penting bagi kanak2 dan remaja yang sedang membesar
  4. Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolismea dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen Penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi,memastika sel hidup,pertumbuhan sel baru,membantu proses pembesaran,pertumbuhan rambut,otot,kulit,kuku dan hormon,serta menjaga kesihatan tiroid.
  6. Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati


Peringatan : Thalasemia 

Thalasemia adalah sejenis blood disorder yakni masalah pada darah dia. hemoglobin dia tak terbentuk dgn sempurna. berbeza dgn orang biasa yg anemia, orang biasa anemia sebab low hemoglobin, orang talasemia anemia sbb hemoglobin dia tak sempurna. utk orang biasa boleh amk 2 biji vitalea (utk dapatkan iron) tapi Talasemia tak boleh. sebab iron tak membantu utk hemoglobin dia sebaliknya ia circulate dalam darah mereka. Iron berlebihan ni boleh memberi kesan buruk pada kesihatan. thalasemia major memiliki masalah iron overload, jd mereka ni mmg sah2 takleh maknavitalea. thalasemia minor (carrier) juga ada free iron dalam tubuh mereka tapi kalau hb dia low sgt dia boleh amik vitalea (iron supp)

sumber: http://dietdietsihat.blogspot.com/2014/01/vitalea-shaklee-terbaik.html



alfalfa, shaklee, sembuhkan, penyakit, kanser, resdung
Alfalfa shaklee yang banyak manfaatnya




Alfalfa: Raja Segala Tumbuhan

Bak kata namanya, Alfalfa dikatakan satu istilah daripada Arab. Tapi secara saintifik alfalfa di beri gelaran sebagai Medicago Sativa. Alfalfa boleh diperolehi dari banyak sumber, dari daun, dan paling baik ialah dari akar yang jauh masuk ke dalam. Mengikut kajian, Alfalfa dikatakan mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat LDL dalam darah, dan ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu, alfalfa juga mempunyai banyak manfaat lain. seperti. yang ada dalam blog lyna noh.


Banyakkan susu / Milk Booster 

Sememangnya, ianya memang dikenali sebagai Milk Booster. Walaupun Alfalfa tidak diuji oleh ibu yang menyusukan anak, ianya memang boleh untuk menambahkan susu badan. Lagi lagi kalau Alfalfa shaklee ini di gabungkan dengan Energizing Soy Protein (ESP), memang bestlah katakan. Tapi nak remid kakak kakak, dan suami, jangan lupa abaikan konsep susu ibu ini. Shaklee bukannya milk booster semata-mata.



Menguruskan Badan

Yang nilah aku katakan, abang supersyazwan kita, yang kurus dengan mengambil Alfalfa sebagai detoks. Gabungan Alfalfa dan lecithin sememangnya bagus untuk mengawal berat badan. Selain itu kajian juga mendapati Alfafa membantu seseorang mengawal selera makan. Wife aku pun sejak ambil alfalfa, selera makan terkawal, dan membantu untuk menurunkan berat badan.



Pantang Larang / Precaution

Beberapa pantang larang, yang perlu diambil kira. Alfalfa Shaklee berbeza dengan Alfalfa lain, ianya bebas dan memang dikawal rapi pembuatannya, disemai dan bebas dari racun. Selain itu, orang mengalami SLE tidak boleh mengambil Alfalfa. Isu SLE ini memang hangat, termasuklah master Iffah. Ok SLE ni nanti kita cerita lain.



Mengatasi Resdung

Antara yang menarik lagi tentang Alfalfa ialah kebolehannya untuk mengubati penyakit resdung. Biasalah pagi pagi bangun hidung tersumbat, dan sebagainya. Ramai pengguna berpuas hati, rasa lega hidung bila mengambil Alfalfa. Banyak juga testimonial resdung Alfalfa kalau rajin boleh google sendiri pengedar shaklee yang lain.



Melawan Kanser dengan Alfalfa

Cerita seorang Master Law , bekas pemberita NTV7, sekarang ni dah buat shaklee, muka makin sihat. Dia mengalami kanser, dan badannya hampir kurus, dan teruk. Rahsia dia pulih dari kanser ialah dengan mengambil Alfalfa, sebab masa tu VIVIX takda lagi kat Malaysia. Ada juga Master shaklee yang lain, menyarankan ambil alfalfa untuk kesihatan badan yang optimum.




Alfalfa Shaklee Mahal Tak ?

Kalau nak compare dengan Vivix, memang gilelah beza, tapi ianya memang bagus untuk kesihatan optimum, kesihatan total, menyeluruh. OKlah, nanti kita bincang lagi tentang vitamin shaklee yang bagus untuk kesihatan menyeluruh. Apa dia ye , rasanya ada tiga , oklah nanti kita bincang lagi.

sumber: http://faizsaaid1712.blogspot.com/2013/05/alfalfa-shaklee-vs-penyakit.html