Thursday, June 7, 2012

EMAS - Harga Emas setiap 20 minit di Amsyiq Gold


Salam sejahtera, lama tak jumpa. Buat anda yang suka beli emas, saya rasa tertarik dengan Harga Terkini Emas di Amsyiq Gold. Mereka sekarang menukarkan sistem harga emas mereka dengan mengemaskini harga setiap 20 minit, Alhamdulillah, sesuai untuk mereka yang suka jual beli emas. Hari ini, sudah 4 bulan saya menceburi bidang emas fizikal, selepas membuat pelaburan VGMC secara online. Alhamdulillah, saya rasa banyak kelebihan yang anda akan perolehi di sini.

1. Harga antara yang paling murah. Ini diakui oleh kawan saya yang sudah lama buat pelaburan emas.

2. Spread cuma 5% untuk semua barang keluaran AG. Kalau dealer dapat 4%.

3. Ada sistem ar-rahnu sendiri, GKAS, GKA, JRA (boleh rujuk di website AG).

4. Sesuai untuk mereka yang tiada duit, boleh cagar emas di sini.

5. Cagaran boleh sampai setahun.

6. Sesuai untuk mereka yang nak modal perniagaan.

7. Kalau produk habis, boleh guna sistem beli cagar pada masa yang sama. Selepas ada stock, boleh tebus balik.

8. Insyaallah, guna teknik senjata arrahnu, emas kita takkan hilang, harta kita takkan habis, cuma boleh pegang atau tak boleh pegang sahaja.

9. Dulu kumpul duit, rasa tak cukup, tapi bila kumpul emas, rasa ada je duit,

10. Servis terbaik, sebab selalu sangat buat urusan di situ,

11. Senang jadi dealer, kumpul resit sahaja dah layak.

12. Produk termurah 1g goldbar pun boleh cagar. 

13. Boleh cagar emas satu persatu, dan tebus pun satu persatu.

Dan banyak lagi, insyaallah, saya cuba huraikan teknik arrahnu (GKAS) yang menarik. Sekian sahaja.