Wednesday, May 16, 2012

EMAS -Harga terus turun



Alhamdulillah, saya masih sihat lagi untuk menulis blog. Buat anda yang belum menyimpan emas, jangan lupa, buat tindakan sekarang. Harga sedang murah, sebelum harga naik kembali. Ingat, apa pun, emas ada pelbagai faedah, bukan seperti duit kertas. Emas boleh hasilkan duit, tapi duit belum tentu dapat menghasilkan duit. Itu mungkin falsafah gila saya. Masa sesuai untuk pajak emas anda jika anda guna teknik ar-rahn untuk pelaburan anda. Saya jangkakan, harga emas akan terus turun. Ini disebabkan masalah manipulasi ekonomi dunia, yang tiada sandaran pada aset sebenar. Jadi simpan emas, untuk  menghadapi fitnah ekonomi akhir zaman. Salam dari saya.