Monday, March 12, 2012

Personaliti -Robert Kiyosaki


Salam sejahtera, untuk tulisan pertama, di blog ini, saya bawakan cerita mengenai dengan Robert Kiyosaki, seorang jutawan hartanah, pakar kewangan yang popular dengan buku Rich Dad Poor Dad.



Saya pertama kali mendengar namanya pada tahun 2006, semasa kawan saya menunjukkan ebook Rich Dad Poor Dad. Semasa zaman saya di UTM, saya cuma kata, ini buku biasa, mungkin masa itu duit bukannya masalah besar buat saya. Jadi masa pun terus berlalu sehingga saya mempunyai anak perempuan pertama.

Pada tahun lepas, saya sempat mengunjungi rumah pakcik kepada sepupu saya. Saya cuba menjenguk ke almari buku, dan saya terlihat,satu buku yang ditulis robert bertajuk , If you want to be rich Don't go to school. Tajuk nya sungguh menarik, saya pun mengambil dan membelek setiap halaman. Ternyata, tulisannya sungguh benar, ia menggambarkan situasi yang saya alami sekarang.



Tahun 2012, setelah kami menceburi bidang perniagaan, saya terdedah dengan pelbagai buku kewangan , dan buku robert adalah pilihan saya. Ceritanya cukup menarik, dan ianya sangat sesuai untuk dibaca, ideannya sangat bagus. Jadi saya pinjam dan habiskan membaca buku Cashflow, yang menceritakan teknik pengaliran wang. Anda tentu teruja, robert banyak kali menegaskan tentang pendapatan pasif (passive income). 



Selepas ini, saya mengikuti video dan pendapat robert, tentang bermacam perkara, seperti hartanah, perak, emas dan sebagainya. Anda yang berminat, bolehlah melawati laman web Richdad.com, ataupun menonton robert di youtube. Takpun beli saja buku bukunya di kedai yang berdekatan.

Terima Kasih