Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Tuesday, March 20, 2012

Pelaburan - untung ke ada insuran kesihatan ?



Salam sejahtera, Alhamdulillah, banyak cerita menarik yang saya baca, dan yang saya dengar dari rakan-rakan saya. Kali ini, saya suka untuk berkongsi tentang insuran perubatan. Saya dulu bermalam di hospital, bersama isteri, kerana anak kami, Arreessa Zulaikha demam yang  agak teruk.

Sukar juga, kami, dengan keaadaan tak berapa nak selesa, siang malam tak tidur lena. Kami bercuti di hospital selama 4 hari 3 malam. Anda boleh baca cerita kami di blog peribadi isteri saya di sini.


Alhamdulillah, disebabkan isteri bekerja TM, dia dapat bayaran perubatan percuma. Yang menariknya, kami tak perlu bayar sesen pun. Keluar  dengan gembira.

Lagi berita gembira, apabila, cek dari Prudential BSN Takaful sampai ke tangan kami. Alhamdulillah, Arreessa dapat RM 1200, elaun 3 hari duduk di hospital. Kami rasa lega, ini rezeki Arreessa. Boleh tambah koleksi emas Arreessa. Untuk insuran Arreessa, saya cuma perlu bayar bulanan RM150, untuk Arreessa layak mendapat  elaun RM400 sehari jika duduk di hospital.



Buat anda diluar sana, jika mampu, ambillah insuran perubatan untuk keluarga anda. Ia sangat berbaloi, Arreessa boleh dapat duit itu kembali jika dia ingin sambung belajar ke universiti.

Saya berterima kasih kepada En Anuar Kamilan, rakan kami di UTM, yang memberikan servis terbaik semasa pemprosesan cek Arreessa. Boleh hubunginya di 019-7760507 atau di facebook isterinya.

 En Anuar Kamilan dan keluarga

Sekian. 

1 comment:

  1. Nice info bro...penting jugak ada insurans ni...bole juga dikira sebagai pelaburan..
    waiting 4 ur new post lagi :)

    ReplyDelete