Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Sunday, March 18, 2012

Pelaburan - Pelaburan apa yang paling terbaik ?

gambar kredit untuk en google

Anda tahu jawapan untuk soalan di atas ? Pelaburan Hartanah, pelaburan emas, perak, borong, saham. Semuanya betul. Tapi jawapan yang paling bagus, ialah pelaburan untuk diri anda sendiri. Ulang kembali, pelaburan untuk memantapkan diri anda !!!


Ada beberapa perkara yang menarik yang saya mahu kongsikan, berdasarkan pemahaman saya. Sila komen dan kritik dengan membina

1) Anda ingatlah jasa ibu ayah yang bersusah menghantar anda ke sekolah, hingga ke universiti , supaya anda menjadi seorang yang berguna. Sekarang anda mungkin seorang doktor, usahawan, jurutera, penjawat awam, apa pun perkerjaan anda sekarang, ialah hasil pembelajaran anda yang anda dapati dari keringat ibu bapa anda.

2) Jika anda  mempunyai minat, anda teruskan belajar ke peringkat yang lebih tinggi, sehingga mencapai phd. Ingat, mempunyai phd, tentu lumayan, banyak kerja menanti anda. Nantikan cerita Dr Zurinah Hassan, khas untuk anda.

baca syair, gurindam, phd ?

3) Anda gagal, banyak wang yang anda rugi, dalam membuat perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Apa yang menarik, anda telah diberikan rezeki, untuk menghadapi kegagalan ini, dan belajar kesilapan kesilapan, yang tiada di dalam buku teks pengajian anda. Bacalah buku Don't go to school oleh Robert Kiyosaki

4) Apa yang anda bersyukurlah, sedekahkan harta anda untuk jalan yang baik. Ingatlah, pelaburan ke Akhirat, lagi banyak ganjaranNya. Ia tidak nampak di depan mata anda, tetapi buatlah seikhlas yang mungkin.

Itu sahaja yang terlintas di otak pemikiran saya, buat semua, ingatlah, pelaburan untuk diri sendiri, amat amat berharga. Sekian.

1 comment:

  1. Menuntut Ilmu dari Buaian ke Liang Lahat, itu ajaran Islam. Benar kata anak saya Muhammad Faiz saya ambil phd di hari tua. Jadikanlah iktibar wahai orang2 muda. Jangan tunggu sampai tua mcm saya ya.

    ReplyDelete