Motivasi - Irfan Khairi Pernah Gagal ?

Salam sejahtera, bertemu kita lagi. Buat adik adik yang telah mengambil keputusan SPM, tahniah saya   ucapkan. Anda telah lakukan yang terbaik. Semoga anda teruskan perjuangan . Sementara itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sekolah lama saya, yang berjaya keluar ntv7. Pencapaian 97% pelajar lulus semua subjek. Tahniah !!!

Kalau anda baca tajuk di atas, anda tahu apa jawapannya ? Betul, Irfan Khairi pernah gagal. Ada 3 kegagalan yang disebut dalam emailnya. Semasa ditanya oleh bernama radio, IK pernah berkata, dia dapat F9 dalam subjek Prinsip Akaun semasa SPM !!! Lagi dua kejayaan, anda bolehlah melanggan email dari irfankhairi.com untuk cerita selanjutnya.

gambar dari google, nantikan juga kisah jutawan MLM dalam catatan saya.

Jangan lupa, SPM sekadar permulaan kehidupan, apa yang anda lihat sekarang ialah IK sudah berjaya bergelar jutawan, pernah keluar dalam majalah Personal Money bersama jutawan jutawan yang lain. Yang  terbaru , silalah dapatkan majalah ANIS, anda boleh  baca cerita isterinya Syazrina yang memilih hidup sederhana, walaupun bersuamikan jutawan internet. Beberapa tips berguna untuk dihuraikan, nantikan tulisan seterusnnya.

gambar dari facebook IK.

Buat anda semua, teruskan usaha, untuk mencapai cita-cita anda. Jangan tunggu, lakukan segera. Kalau ada kelapangan cuba baca buku If you want be rich and happy; Don't go to school oleh Robert Kiyosaki. 

Untuk tugas terakhir sebelum meninggalkan blog saya, anda baca 2 situasi dibawah , mana satu anda suka

1) Saya tak kisah kalau  saya tak faham, janji saya dapat markah tinggi.

atau

2) Saya tak kisah dapat markah rendah, janji saya faham apa kesalahan saya .


Comments

Popular Posts