Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Tuesday, March 27, 2012

MLM - kau dah masuk ?


Multi Level Marketing, MLM, kalau ikut JAKIM, hukumnya harus (rujuk di sini), ada yang haram terus. Buat anda di luar sana, mari baca sedikit jawapan saya sendiri tentang MLM. Jawapan merujuk kepada pengalaman kami dalam menyertai Hai-O dan Shaklee(isteri saya).

1) Bukan kena modal banyak ? 
Tak perlu, kalau hai-O daftar RM50, shaklee daftar RM65 sahaja. Kalau modal ikut anda nak   labur berapa pun takpa. Tapi fikir dulu kalau ada yang letak modal permulaan sampai    20000, ikut kumpulan itu, ada yang bagus, ada yang penipu!!!

2) Kena cari orang ke ?
Tak perlu, yang penting jual barang. Semua bonus berdasarkan penjualan barang, bukan berapa banyak cari orang. Yang penting, kalau barang banyak jual, banyaklah bonus. Kalau rajin cari orang, lagi bagus, rangkaian besar. 

3) Barang boleh jual ?
Boleh, banyak produk yang bagus dari Hai-O dan Shaklee. Testimonial pun banyak, terutama    barang kesihatan. Zaman internet, boleh belajar cara pasarkan produk melalui blog, website,    facebook dan macam macam lagi. Tinggal anda rajin usaha sahaja. Kalau rajin lagi, keluar pergi jumpa orang.

4) Kena ambil barang di stokis dulu baru boleh jual?
Ini kelebihan MLM sebenarnya, tak perlu susah  cari barang, barang semua dah tersedia di stokis,  tinggal cari pelanggan sahaja. Dapat duit, pergi stokis ambil barang. Kalau hai-o, saya selalu    ambil di stokis Shah Alam B48. Produk shaklee kami ambil di Empire, Subang Jaya.

5) Pergi kelas tak ?
Bagus pergi, boleh bergerak bersama kumpulan. Kalau tak pergi pun, tiada masalah, yang penting anda bergerak sendiri.

Sampai sini sahaja bicara kali ini, kalau ada soalan dan tambahan kritikan, sila isikan pandangan anda di ruangan komen. 

No comments:

Post a Comment