Tuesday, March 13, 2012

Emas - Ar rahnu dengan Amsyiq Gold



Salam sejahtera, catatan hari ini ialah berkisar tentang membeli dan cagar emas di Amsyiq Gold.Buat kawan kawan yang belum mengetahuinya, silalah  layari amsyiq gold dan syeikulmaqari, untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat ini. Sejak abang saya memperkenalkan produk Amsyiq, ternyata saya sungguh tertarik dengan emas fizikal.


Apa yang menarik, emas fizikal sebenarnya lebih selamat berbanding pelaburan berdasarkan emas atau akaun emas seperti maybank atau CIMB. Kalau kita jangka harga emas akan naik sahaja , maknanya kita silap. Disebabkan ekonomi dunia masih boleh dimanipulasi oleh matawang dan spekulasi, kita terpaksa menerima hakikat, harga emas akan naik turun mengikut keadaan semasa. Walaubagaimanapun, rekod 10 tahun lepas bolehlah dijadikan sandaran, bahawa harga emas akan naik setiap tahun, secara dasarnya dalam 15 hingga 20%.

Jadi persoalannya, mengapa pilih emas fizikal ? Faktor keselamatan simpanan di rumah juga menakutkan kita untuk menyimpan emas dalam bilangan yang  besar. Jadi jawapan pertama saya untuk emas fizikal ialah 

       " Emas fizikal boleh dicagar, manakala duit atau akaun emas tidak boleh"

Saya tertarik dengan syarikat Amsyiq yang menawarkan perkhidmatan Ar rahnu mereka sendiri. Memang mudah untuk mendapatkan wang segera jika berlaku kecemasan. Saya tunjukkan dibawah, beberapa langkah untuk beli emasdi Amsyiq. Amsyiq yang saya kunjungi ialah di ibu pejabat di shah alam, seksyen 7, belakang wisma jackel, dan bersebelahan dengan kedai tudung fareeda.

Saya sediakan wang untuk membeli 1keping 1g 999 dan 1 keping 1/2Dinar 916

En Zaid sedang menulis resit untuk pembelian saya.

Siap, resit pembelian emas saya di Amsyiq Gold

Tadi di atas ialah proses pembelian emas yang kita hajati. Disebabkan saya nak pakai duit, saya teruskan pula akad lain, dengan cagar emas tadi. Jadi emas saya tak hilang, duit pun dapat. 

 En Zaid sedang menulis resit untuk arrahnu.

 Siap ,resit cagaran saya.Saya buat akad berlainan bagi setiap satu jenis emas yang saya beli. Jadi masa nak tebus, boleh ambil satu satu, ikut kemampuan saya.

Diharap catatan kali ini membantu anda untuk berurusan dengan Amsyiq Gold. Insuranskan duit anda dengan Emas sekarang.

2 comments

terbaik..orang yang berjaya semua bermula dari sedikit tapi konsisten dan mereka mengulangi kejayaan tersebut