Sunday, March 25, 2012

Emas - 1g goldbar



Salam sejahtera, apa khabar, sihat ? Alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat kad pengedar dari Amsyiq Gold, kerana melepasi pembelian emas bernilai RM10k. Saya sekarang layak dapat potongan harga 1.5% harga pasaran. Alhamdulillah, saya boleh simpan emas dengan banyak lagi dengan harga yang murah.

Pernah tengok emas 1g goldbar ? Saya  pertama kali melihatnya, memang kecil. Anda boleh tengok sendiri di google, dan cuba tengok emas itu dari kawan kawan anda. Jadi soalan saya, apa yang menarik dengan emas 1g ni, kenapa tak beli pada nilai yang lebih besar seperti dinar atau jongkong emas ? Kalau saya, saya pilih 1g emas ini kerana ...

1) Murah  - harga dalam 200 lebih, dah boleh dapat 1g 999, kalau syarikat lain, lagi murah daripada amsyiq. Saya rasa dalam 160 lebih, dah boleh dapat 1g, tapi ketulenan berbeza beza gred.

2) Senang jual - senang jual, sebab harga pun murah, untung cepat, kalau siapa yang pandai buat jual-beli emas.

3) Sikit-sikit lama jadi bukit - ramai yang tertanya tanya, berapa modal nak mula buat pelaburan emas, jawapan saya mudah sahaja, mulakan dengan 1g emas, hanya 200 lebih sahaja. Kalau di amsyiq, kumpul resit , jualan terkumpul sebanyak RM10000, anda dah boleh jadi pengedar.

4) Senang cagar, senang tebus - saya suka cagar emas 1g, memang senang tebus, sebab bila nak tebus, tak perlu duit yang banyak. Saya akan bincangkan lagi perkara ini.

5) Kalau hilang, tak hilang semua - 5g 1 keping, dengan 1g 5 keping, kalau hilang 5g, habis semua hilang, kalau 1g, boleh letak tempat lain lain.

6) Boleh buat hadiah - untuk kahwin, hadiah hari jadi dan sebagainya.

Kalau ada pendapat lain, boleh konsikan di ruangan komen tulisan ini. Terima kasih.