Wednesday, March 28, 2012

DUIT - tukar sampah jadi emas?





Banyaknya sampah !! Tahu kenapa ? Salah satu sebabnya ialah tidak kitar semula !!! Saya selalu jual sampah !! Tin , botol,kertas, plastik,saya kutip, dan jual semula di pusat kitar semula pasar seksyen 6, shah alam. Alhamdulillah, dapatlah RM 2 lebih. Sikit , tak banyak, tapi sampah percuma.



Ayah  saya, sejak tahu perkara ini, dia pun tak buang sampah merata-rata, semuanya kumpul untuk cucu kesayangan. Satu hari pergi pernah dapat dalam RM20. Duit sampah, kumpul sikit sikit masuk tabung arreessa.Dah banyak nanti, bolehlah beli 1g emas. Macam tak percaya, sampah boleh tukar jadi emas. Tapi ini cerita betul, perlukan logik dan kerajinan. Yang paling penting, sikap!! Malaysia dah tak boleh tampung sampah lagi !! Jadi, kita jual sampah untuk beli emas !!!