Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Friday, March 30, 2012




Eh, mana pergi duit syiling anak saya ? Oh hari ini, saya nak masukkan duit syiling ke Tabung Haji. Alhamdulillah, banyak juga. Lepas ini nak buat apa pula ? Saya tukar semua duit syiling , dengan duit kertas anak saya, ditambah lagi dengan duit mamanya, tukar kepada emas 1g. Senangkan ? harga pun takdalah ribu ribu, yang penting, rajin rajin menabung. Jom tukar duit syiling ke emas !!!

Wednesday, March 28, 2012





Banyaknya sampah !! Tahu kenapa ? Salah satu sebabnya ialah tidak kitar semula !!! Saya selalu jual sampah !! Tin , botol,kertas, plastik,saya kutip, dan jual semula di pusat kitar semula pasar seksyen 6, shah alam. Alhamdulillah, dapatlah RM 2 lebih. Sikit , tak banyak, tapi sampah percuma.



Ayah  saya, sejak tahu perkara ini, dia pun tak buang sampah merata-rata, semuanya kumpul untuk cucu kesayangan. Satu hari pergi pernah dapat dalam RM20. Duit sampah, kumpul sikit sikit masuk tabung arreessa.Dah banyak nanti, bolehlah beli 1g emas. Macam tak percaya, sampah boleh tukar jadi emas. Tapi ini cerita betul, perlukan logik dan kerajinan. Yang paling penting, sikap!! Malaysia dah tak boleh tampung sampah lagi !! Jadi, kita jual sampah untuk beli emas !!!

Tuesday, March 27, 2012


Multi Level Marketing, MLM, kalau ikut JAKIM, hukumnya harus (rujuk di sini), ada yang haram terus. Buat anda di luar sana, mari baca sedikit jawapan saya sendiri tentang MLM. Jawapan merujuk kepada pengalaman kami dalam menyertai Hai-O dan Shaklee(isteri saya).

1) Bukan kena modal banyak ? 
Tak perlu, kalau hai-O daftar RM50, shaklee daftar RM65 sahaja. Kalau modal ikut anda nak   labur berapa pun takpa. Tapi fikir dulu kalau ada yang letak modal permulaan sampai    20000, ikut kumpulan itu, ada yang bagus, ada yang penipu!!!

2) Kena cari orang ke ?
Tak perlu, yang penting jual barang. Semua bonus berdasarkan penjualan barang, bukan berapa banyak cari orang. Yang penting, kalau barang banyak jual, banyaklah bonus. Kalau rajin cari orang, lagi bagus, rangkaian besar. 

3) Barang boleh jual ?
Boleh, banyak produk yang bagus dari Hai-O dan Shaklee. Testimonial pun banyak, terutama    barang kesihatan. Zaman internet, boleh belajar cara pasarkan produk melalui blog, website,    facebook dan macam macam lagi. Tinggal anda rajin usaha sahaja. Kalau rajin lagi, keluar pergi jumpa orang.

4) Kena ambil barang di stokis dulu baru boleh jual?
Ini kelebihan MLM sebenarnya, tak perlu susah  cari barang, barang semua dah tersedia di stokis,  tinggal cari pelanggan sahaja. Dapat duit, pergi stokis ambil barang. Kalau hai-o, saya selalu    ambil di stokis Shah Alam B48. Produk shaklee kami ambil di Empire, Subang Jaya.

5) Pergi kelas tak ?
Bagus pergi, boleh bergerak bersama kumpulan. Kalau tak pergi pun, tiada masalah, yang penting anda bergerak sendiri.

Sampai sini sahaja bicara kali ini, kalau ada soalan dan tambahan kritikan, sila isikan pandangan anda di ruangan komen. 

Buatlah yang terbaik untuk anak kita, pupuklah cintakan ilmu, cintakan Allah, cintakan Rasul, buat yang mampu, hantar anak ke sekolah yang bagus. Kalau kurang kemampuan, pupuklah sifat cintakan ilmu, bermula dari kita sendiri. Sehingga kita mati, doa anak yang soleh tetap menjadi bekalan kita di akhirat nanti.

Anak ini jugalah, yang akan mewarisi kekayaan kita. Ajarlah mereka, supaya tahu nilai kekayaan sebenar. Jangan sia-siakan amanah ini.

 (Ilham dari  mohdzulkifli.com )

Sunday, March 25, 2012



Salam sejahtera, apa khabar, sihat ? Alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat kad pengedar dari Amsyiq Gold, kerana melepasi pembelian emas bernilai RM10k. Saya sekarang layak dapat potongan harga 1.5% harga pasaran. Alhamdulillah, saya boleh simpan emas dengan banyak lagi dengan harga yang murah.

Pernah tengok emas 1g goldbar ? Saya  pertama kali melihatnya, memang kecil. Anda boleh tengok sendiri di google, dan cuba tengok emas itu dari kawan kawan anda. Jadi soalan saya, apa yang menarik dengan emas 1g ni, kenapa tak beli pada nilai yang lebih besar seperti dinar atau jongkong emas ? Kalau saya, saya pilih 1g emas ini kerana ...

1) Murah  - harga dalam 200 lebih, dah boleh dapat 1g 999, kalau syarikat lain, lagi murah daripada amsyiq. Saya rasa dalam 160 lebih, dah boleh dapat 1g, tapi ketulenan berbeza beza gred.

2) Senang jual - senang jual, sebab harga pun murah, untung cepat, kalau siapa yang pandai buat jual-beli emas.

3) Sikit-sikit lama jadi bukit - ramai yang tertanya tanya, berapa modal nak mula buat pelaburan emas, jawapan saya mudah sahaja, mulakan dengan 1g emas, hanya 200 lebih sahaja. Kalau di amsyiq, kumpul resit , jualan terkumpul sebanyak RM10000, anda dah boleh jadi pengedar.

4) Senang cagar, senang tebus - saya suka cagar emas 1g, memang senang tebus, sebab bila nak tebus, tak perlu duit yang banyak. Saya akan bincangkan lagi perkara ini.

5) Kalau hilang, tak hilang semua - 5g 1 keping, dengan 1g 5 keping, kalau hilang 5g, habis semua hilang, kalau 1g, boleh letak tempat lain lain.

6) Boleh buat hadiah - untuk kahwin, hadiah hari jadi dan sebagainya.

Kalau ada pendapat lain, boleh konsikan di ruangan komen tulisan ini. Terima kasih.

Thursday, March 22, 2012




Salam sejahtera, kali ini, kita di ruangan WWW. Saya cuba beri komen sedikit, tentang teknik laman web, blog, mengikut pandangan saya. Saya memang kagum dengan jutawan korset Hanis Haizi, yang sekarang mencecah pendapatan melebihi RM200k, sebulan. Semua orang ingin menjadi seperti dia. Baiklah, cerita tentang hanis, saya akan kupaskan selepas ini.



Sekarang saya nak anda tengok, apa yang anda boleh nampak dari 2 laman web ini.


vs


Saya cuma nampak satu sahaja, ternyata mereka berdua, menekankan warna UNGU , dalam laman web mereka. Anda tahu maksud warna UNGU ? UNGU biasanya sinonim dengan KEMEGAHAN, KEAGUNGAN, dan KEMEWAHAN. 

Setakat ini, ini sahaja yang saya nampak . Anda bagaimana ? Utarakan kritikan anda. Blog saya bagaimana ? memang saya tiru mereka !!!
Salam sejahtera, bertemu kita lagi. Buat adik adik yang telah mengambil keputusan SPM, tahniah saya   ucapkan. Anda telah lakukan yang terbaik. Semoga anda teruskan perjuangan . Sementara itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sekolah lama saya, yang berjaya keluar ntv7. Pencapaian 97% pelajar lulus semua subjek. Tahniah !!!

Kalau anda baca tajuk di atas, anda tahu apa jawapannya ? Betul, Irfan Khairi pernah gagal. Ada 3 kegagalan yang disebut dalam emailnya. Semasa ditanya oleh bernama radio, IK pernah berkata, dia dapat F9 dalam subjek Prinsip Akaun semasa SPM !!! Lagi dua kejayaan, anda bolehlah melanggan email dari irfankhairi.com untuk cerita selanjutnya.

gambar dari google, nantikan juga kisah jutawan MLM dalam catatan saya.

Jangan lupa, SPM sekadar permulaan kehidupan, apa yang anda lihat sekarang ialah IK sudah berjaya bergelar jutawan, pernah keluar dalam majalah Personal Money bersama jutawan jutawan yang lain. Yang  terbaru , silalah dapatkan majalah ANIS, anda boleh  baca cerita isterinya Syazrina yang memilih hidup sederhana, walaupun bersuamikan jutawan internet. Beberapa tips berguna untuk dihuraikan, nantikan tulisan seterusnnya.

gambar dari facebook IK.

Buat anda semua, teruskan usaha, untuk mencapai cita-cita anda. Jangan tunggu, lakukan segera. Kalau ada kelapangan cuba baca buku If you want be rich and happy; Don't go to school oleh Robert Kiyosaki. 

Untuk tugas terakhir sebelum meninggalkan blog saya, anda baca 2 situasi dibawah , mana satu anda suka

1) Saya tak kisah kalau  saya tak faham, janji saya dapat markah tinggi.

atau

2) Saya tak kisah dapat markah rendah, janji saya faham apa kesalahan saya .


Tuesday, March 20, 2012



Potong kad kredit  yang  lebih, biar ada satu  sahaja dalam 1 keluarga. Memang kami mengalami masalah kewangan kerana hutang kad kredit yang tinggi. Tapi, setelah  kami menjumpai teknik ar-rahnu, yang ditawarkan oleh Amsyiq Gold, Alhamdulillah, kami tiada masalah untuk berhadapan masalah tiada duit.



Duit anak saya yang berjaya ditukarkan ke emas, banyak membantu kami, bila kami tiada duit. Gunalah emas, sebagai cagaran, kalau tak mampu tebus, cuma emas yang hilang, kalau kad kredit,lagi banyak yang akan hilang.


KAD KREDIT -18% hutang setahun
EMAS - 15% untung setahun




Salam sejahtera, Alhamdulillah, banyak cerita menarik yang saya baca, dan yang saya dengar dari rakan-rakan saya. Kali ini, saya suka untuk berkongsi tentang insuran perubatan. Saya dulu bermalam di hospital, bersama isteri, kerana anak kami, Arreessa Zulaikha demam yang  agak teruk.

Sukar juga, kami, dengan keaadaan tak berapa nak selesa, siang malam tak tidur lena. Kami bercuti di hospital selama 4 hari 3 malam. Anda boleh baca cerita kami di blog peribadi isteri saya di sini.


Alhamdulillah, disebabkan isteri bekerja TM, dia dapat bayaran perubatan percuma. Yang menariknya, kami tak perlu bayar sesen pun. Keluar  dengan gembira.

Lagi berita gembira, apabila, cek dari Prudential BSN Takaful sampai ke tangan kami. Alhamdulillah, Arreessa dapat RM 1200, elaun 3 hari duduk di hospital. Kami rasa lega, ini rezeki Arreessa. Boleh tambah koleksi emas Arreessa. Untuk insuran Arreessa, saya cuma perlu bayar bulanan RM150, untuk Arreessa layak mendapat  elaun RM400 sehari jika duduk di hospital.



Buat anda diluar sana, jika mampu, ambillah insuran perubatan untuk keluarga anda. Ia sangat berbaloi, Arreessa boleh dapat duit itu kembali jika dia ingin sambung belajar ke universiti.

Saya berterima kasih kepada En Anuar Kamilan, rakan kami di UTM, yang memberikan servis terbaik semasa pemprosesan cek Arreessa. Boleh hubunginya di 019-7760507 atau di facebook isterinya.

 En Anuar Kamilan dan keluarga

Sekian. 

Sunday, March 18, 2012

gambar kredit untuk en google

Anda tahu jawapan untuk soalan di atas ? Pelaburan Hartanah, pelaburan emas, perak, borong, saham. Semuanya betul. Tapi jawapan yang paling bagus, ialah pelaburan untuk diri anda sendiri. Ulang kembali, pelaburan untuk memantapkan diri anda !!!


Ada beberapa perkara yang menarik yang saya mahu kongsikan, berdasarkan pemahaman saya. Sila komen dan kritik dengan membina

1) Anda ingatlah jasa ibu ayah yang bersusah menghantar anda ke sekolah, hingga ke universiti , supaya anda menjadi seorang yang berguna. Sekarang anda mungkin seorang doktor, usahawan, jurutera, penjawat awam, apa pun perkerjaan anda sekarang, ialah hasil pembelajaran anda yang anda dapati dari keringat ibu bapa anda.

2) Jika anda  mempunyai minat, anda teruskan belajar ke peringkat yang lebih tinggi, sehingga mencapai phd. Ingat, mempunyai phd, tentu lumayan, banyak kerja menanti anda. Nantikan cerita Dr Zurinah Hassan, khas untuk anda.

baca syair, gurindam, phd ?

3) Anda gagal, banyak wang yang anda rugi, dalam membuat perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Apa yang menarik, anda telah diberikan rezeki, untuk menghadapi kegagalan ini, dan belajar kesilapan kesilapan, yang tiada di dalam buku teks pengajian anda. Bacalah buku Don't go to school oleh Robert Kiyosaki

4) Apa yang anda bersyukurlah, sedekahkan harta anda untuk jalan yang baik. Ingatlah, pelaburan ke Akhirat, lagi banyak ganjaranNya. Ia tidak nampak di depan mata anda, tetapi buatlah seikhlas yang mungkin.

Itu sahaja yang terlintas di otak pemikiran saya, buat semua, ingatlah, pelaburan untuk diri sendiri, amat amat berharga. Sekian.

Wednesday, March 14, 2012



Salam sejahtera, saya sudah melanggan email dari irfankhairi.com, Anda bila lagi ? ternyata banyak tips berguna dari IK untuk kita praktikan dalam kehidupan. Bagaimana hendak berjaya di usia muda ? Jawapannya ialah pengurusan masa. 3 langkah dari IK ialah 

1-Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian dari pengurusan masa.
   Kalau saya, kita kalau kerja  yang panjang, kita boleh bahagikan kepada skop skop kecil, senang   
   hendak mencapai matlamat ini.

2-Tulis matlamat di atas malam sebelumnya.
   Saya akan kongsikan dengan anda, kisah seorang peniaga yang selalu menyebut matlamatnya       
   sebelum tidur.

3-Fikirkan kesengsaraan jika kerja tidak habis
  Anda pun tahu, bila kerja tak ikut waktu, banyak masalah yang akan timbul.

Mari kita amalkan. Kredit tu IK

Tuesday, March 13, 2012



Saya pernah dengar tips irfan khairi, dia pernah bertanya dr haji Mohd Fazilah Kamsah. Kalau kita burukkan pesaing kita, nanti kita pula akan diburukkan 10 kali oleh orang lain. Satu peringatan, supaya kita tidak terlepas mulut . Di bawah ini status facebook saya, terima kasih kepada yang komen tentang perkara ini.



kalau kita burukkan orang lain, nanti 10 kali orang lain burukkan kita.

 ·  ·  · 4 hours ago via BlackBerry
 
Salam sejahtera, hari ini, saya nak cerita sikit, situasi semasa saya melaburkan duit ke dalam VGMC. Saya dulu memang terpengaruh, asal nak kaya , saya masuk. Saya diajak oleh kawan saya Andi A. Mericcan, seorang artis rnb yang terkenal di Malaysia. Ternyata, saya memang setiap bulan  dividen yang dijanjikan  oleh VGMC.


Boleh tengok beberapa gambar VGMC saya  dibawah.

 Muka depan akaun VGMC saya

 Saya buat pengeluaran, pada hari sabtu, hari ahad dah diluluskan pihak VGMC

 
Hari Isnin lepas, duit 2276 masuk ke akaun saya. Sunggu mudah

 Kalau kita subscribe hari- hari, hari hari kita akan dapat dividen, memang lumayan

Jadi, kalau takut duit lesap, saya rasa, emas fizikal lagi baik untuk pelaburan. Pelaburan VGMC , bila bila boleh tutup kedai. Jika berminat, boleh menghubungi terus saudara Andi A. Merican.

Terima kasih.






Salam sejahtera, catatan hari ini ialah berkisar tentang membeli dan cagar emas di Amsyiq Gold.Buat kawan kawan yang belum mengetahuinya, silalah  layari amsyiq gold dan syeikulmaqari, untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat ini. Sejak abang saya memperkenalkan produk Amsyiq, ternyata saya sungguh tertarik dengan emas fizikal.


Apa yang menarik, emas fizikal sebenarnya lebih selamat berbanding pelaburan berdasarkan emas atau akaun emas seperti maybank atau CIMB. Kalau kita jangka harga emas akan naik sahaja , maknanya kita silap. Disebabkan ekonomi dunia masih boleh dimanipulasi oleh matawang dan spekulasi, kita terpaksa menerima hakikat, harga emas akan naik turun mengikut keadaan semasa. Walaubagaimanapun, rekod 10 tahun lepas bolehlah dijadikan sandaran, bahawa harga emas akan naik setiap tahun, secara dasarnya dalam 15 hingga 20%.

Jadi persoalannya, mengapa pilih emas fizikal ? Faktor keselamatan simpanan di rumah juga menakutkan kita untuk menyimpan emas dalam bilangan yang  besar. Jadi jawapan pertama saya untuk emas fizikal ialah 

       " Emas fizikal boleh dicagar, manakala duit atau akaun emas tidak boleh"

Saya tertarik dengan syarikat Amsyiq yang menawarkan perkhidmatan Ar rahnu mereka sendiri. Memang mudah untuk mendapatkan wang segera jika berlaku kecemasan. Saya tunjukkan dibawah, beberapa langkah untuk beli emasdi Amsyiq. Amsyiq yang saya kunjungi ialah di ibu pejabat di shah alam, seksyen 7, belakang wisma jackel, dan bersebelahan dengan kedai tudung fareeda.

Saya sediakan wang untuk membeli 1keping 1g 999 dan 1 keping 1/2Dinar 916

En Zaid sedang menulis resit untuk pembelian saya.

Siap, resit pembelian emas saya di Amsyiq Gold

Tadi di atas ialah proses pembelian emas yang kita hajati. Disebabkan saya nak pakai duit, saya teruskan pula akad lain, dengan cagar emas tadi. Jadi emas saya tak hilang, duit pun dapat. 

 En Zaid sedang menulis resit untuk arrahnu.

 Siap ,resit cagaran saya.Saya buat akad berlainan bagi setiap satu jenis emas yang saya beli. Jadi masa nak tebus, boleh ambil satu satu, ikut kemampuan saya.

Diharap catatan kali ini membantu anda untuk berurusan dengan Amsyiq Gold. Insuranskan duit anda dengan Emas sekarang.