Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Wednesday, February 29, 2012



Apa itu probiotik ? hooo bagus sebenarnya probiotik ini, antara khasiat probiotik ialah seperti di bawah nih

1) Meringankan dan mengurangkan gejala alahan laktosa(susu) 
   - Enzim laktase menukarkan laktosa(dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa untuk  
     tubuh kita.
  - laktosa yang tak dihadam boleh menyebabkan cirit birit, senak perut, kembung perut dan sakit
    abdomen.

2) Meningkatkan penghadaman

3) Meningkatkan penyerapan mineral
    - mineral penting seperti kalsium, magnesium, dan fosforus di dalam badan

4) Menghasilkan vitamin
   -membantu menghasilkan vitamin C dan beberapa vitamin B

5)Mengelakan gejala cirit-birit
  -melegakan dan memendekan tempoh kekerapan cirit-birit

6) Menguatkan sistem ketahanan badan
  - sifat anti kolonial kepada bakteria yang memudaratkan.
  -menghalang penghasilan bahan toksik.

Selain probiotik,vitamin dan mineral juga perlu untuk badan kita supaya mencapai kesihatan yang optimum. Nanti kita sambung lagi tentang pengambilan suplemen.

Jumpa lagi.


Saturday, February 25, 2012





Apa yang berlaku di dalam perut manusia ?

Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut, usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses. Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. Contoh bahagian-bahagian sel badan yang memerlukan ekstrak zat-zat makanan:

1. Bahagian sel yang sedang membesar seperti otot-otot badan
2. Bahagian sel yang sedang bertumbuh seperti rambut yang sedang memanjang
3. Bahagian sel yang sedang memanjang seperti tulang-tulang kaki atau tangan
4. Bahagian sel yang sedang digantikan seperti kuku yang telah dipotong


Penukaran makanan kepada tinja

Selepas itu barulah hampas ( bakinya ) yang tidak digunakan atau diproses akan dihantar ke usus besar untuk diproses menjadi bahan buangan yang akhirnya akan disingkir keluar sebagai tinja ( najis ) melalui proses penyahtinjaan.

Makanan tercemar merosakkan sistem pencernaan

Kebanyakan bahan makanan dan minuman sekarang telah dicampur bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dll yang menjejaskan keaslian bahan asal makanan atau minuman itu sendiri. Jika bahan pengawet digunakan untuk mengekalkan keadaan baru makanan atau minuman itu daripada rosak ( basi ), tentunya ia akan menjejaskan kebolehan sistem badan manusia untuk mencernakannya. Tambahan pula kini lebih banyak makanan dan minuman yang telah tercemar semasa disediakan seperti asap rokok, asap kenderaan, debu-debu dari jalan, habuk yang berterbangan di udara, losyen tangan, air klorin dll. Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, sakit jantung dll.

Kesan buruk akibat pencernaan tidak sempurna

Proses penyahtinjaan ( penyingkiran bahan buangan ) yang sempurna akan mengeluarkan toksid ( toksin / racun ) dari dalam badan manusia. Tetapi jika proses ini terganggu, ianya akan menjejaskan kestabilan sistem badan seperti :

- mengurangkan daya imunisasi badan
- kekembungan, perut berangin
- mempercepatkan penuaan
- sakit dada, sesak nafas
- serangan angin ahmar
- mulut & nafas berbau
- buah pinggang mengecil
- masalah kulit


Usus kotor boleh menyebabkan kanser ( barah ) ?


Implikasi yang paling serius adalah usus akan kekurangan oksigen akibat dihadang oleh sisa-sisa kotoran yang telah menjadi pejal dan mendap pada dinding usus. Mengikut kajian yang dijalankan, individu dewasa yang normal akan mengumpulkan sejumlah 6 kilogram sisa pepejal ini sejak kecil jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul atau memakan bahan yang mengandungi bahan kimia. Sel-sel usus akan menjadi lemah dan dalam banyak kes telah menyebabkan barah perut.


Oleh itu, usus manusia perlu dicuci dan dibersihkan dengan sempurna mengikut kaedah yang betul menggunakan sumber semulajadi yang tidak akan memberi kesan sampingan jangka panjang kecuali tindakbalas sementara semasa penyesuaian sahaja.

Thursday, February 23, 2012

Salam sejahtera. Tadi saya bawak wife pergi DEMC, jumpa dr pakar , katanya wife dah kena Sinus Infection. Hoo apa ni ? Boleh baca kat sini.

NI jangkitan kat kawasan hidung, yang boleh menjadi lebih teruk. Tanda tanda wife saya dulu kena

1) Demam

2) Sakit kepala

3) Batuk , selsema

Memang kesian, kami haritu semuanya sakit, sampai anak pun masuk hospital.  Wife pula demam yang teruk juga. Disebabkan tak habiskan antibiotik, dr nurzila kat klinik seksyen 8 kata wife  ada sinus infection.Hooo, memang pening kepala, membaca pun pening, tak leh tengok laptop, cahaya matahari.

Ni ada  gambar skt . Memang geli skt, bila dr tunjuk gambar melalui kamera, masuk kot hidung.Adui!!!









Jadi, buat buat yang demam tu, rajinlah makan ubat, habiskan antibiotik, minum air banyak ok !!!

Wednesday, February 22, 2012

Kita ni,selalu lupa, rasulullah s.a.w. pun dah pesan, minum duduk,baginda melarang kita minum berdiri, banyak dah orang duk kata pasal ni.


Kajian mendapati, rupanya dalam badan kita ada satu penapis sfringer, kalau kita duduk penapis ni akan berfungsi untuk menyaring air yang masuk dalam badan kita. Kalau berdiri, air terus masuk ke kantung kencing, boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.





Tuesday, February 21, 2012

Assalamualaikum

Sekarang musim panas, suhu yang tinggi,virus pun dah macam-macam ada. Kita pula dikhabarkan diberita dengan berita rotavirus yang menyerang kanak kanak di perak. Anak buah saya pun, demam demam juga, Kesian juga, ingin duduk di hospital yang selesa, tapi malang tempat tiada. Penuh !!!!!


(Dari wiki)

Kita pun kenalah jaga kesihatan, MINUM AIR BANYAK !!! AIR MASAK !!! Saya pun haritu sudah tumbang dek kepanasan.

(semoga cepat sembuh, jangan tak makan pula)

Saturday, February 18, 2012

PB tu perut buncit ? hahahha, bunyi macam Premium Beautiful pun ada, apa apa pun, saya dapat info untuk perut buncit disini. 7 langkah perut buncit tu, saya komen satu satu.



1) Minum air masak yang banyak

Hahaha, ni memang saya lupa, kita bukannya minum air masak, kekadang, air gula je lebih, asyik pagi, teh tarik, tengah hari teh ais, malam milo ais, bila nak minum air masak ? kalau boleh, kurangkan gula. Tak pun, minum air masak je.

2) Makan perlahan-lahan.

Susahlah macam ni, ada meetinglah, kerja bannyaklah, alah, rilek rilek sudah, adik ipar saya , makan perlahan gila, boleh belajar dari dia.

3) Kurangkan garam dalam makanan

Abah saya, buat laksa, garam tak bubuh banyak, oklah, dia pun sihat je. !!! Kalau nak sihat, boleh cuba garam buluh !!! (nak suruh korang beli sebenarnya,)

4)Makan makanan penuh serat

Sayur kena makanlah, kalau tak, habisle korang. Saya memang jarang makan sayur, tu pasalah ada PB tu

5)Kesan pengambilan ubat

jarang ambil ubat ni, tapi tanya doktor ok !!

6) Hindari Sembelit

hahaha, yang ni, rajin rajinle makan buah. 

7) Senaman

Ok, 30 minit setiap hari, bak kata sinar fm. Rajin rajin jalan, panjat tangga, jogging, angkat berat, kejar biawak, hooo